'Komplen Baju Jahit Cincai, Tak Nak Bayar Tapi Melaram Dengan Baju Yang Saya Jahit'
Banyak kali kita dengar perihal pelanggan yang tidak puas hati dengan servis mahupun produk yang dibeli dari peniaga tempatan. Bak kata orang, pelanggan selalunya betul. Maka terpaksalah peniaga melayan kerenah pelanggan walaupun kadang-kadang peniaga ini telah melayan mereka dengan cukup baik.
Bagi seorang tukang jahit dari Kelantan ini, Are Da Wb dia terpaksa memuat naik satu status untuk memberi penjelasan serta membersihkan namanya akibat seorang pelanggan yang telah memburukkan namanya.
Sebelum itu, pelanggan tersebut telah memuat naik satu status mengenai baju raya yang telah ditempah dan mendakwa hasil jahitan tersebut tidak memuaskan hatinya. Pelanggan tersebut telah menuduh tukang jahit tersebut menggunakan kainnya untuk tempahan orang lain.
Setelah pelanggan itu menjadi viral di media sosial, akhirnya tukang jahit tersebut tampil dengan penjelasan di bawah.
Namun, pelanggan tersebut tetap memakai baju tersebut walaupun tidak berpuas hati malah tidak membayar satu sen pun kepada tukang jahit tersebut. Rata-rata netizen memberikan sokongan kepada tukang jahit tersebut malah mendoakannya agar dimurahkan rezeki. Namun ada juga segelintir netizen yang mempersoal sama ada ini cumalah taktik pemasaran.
Walau apa pun juga, jika perkara yang boleh diselesaikan cara baik tidak perlulah sehingga memburukkan nama orang lain sehingga boleh menjejaskan punca pendapatan mereka. - www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Sumber :
Sumber : jubahsemalam.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uFyNqP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment