'Saya dah give up dengan penyewa rumah ini'
"Hmmm.... tenants," monolog hati kecil saya sambil mata melilau melihat keadaan sekeliling.
Bukan apa, risau ada polis. Sudahlah tak bawa handsfree. Walaupun saya 'Gangster Jelita' (GJ), tapi saya belum cukup kebal dengan undang-undang.
Penyewa A: "Anne, free ke? Ada di mana? Datang ke rumah sekarang, boleh?"
Saya: "Sekarang? Kenapa? Urgent ke?"
Penyewa A: "Blaa... blaa... blaa..."
Saya: "Okey, okey. On the way ni,"
Disebabkan dalam kawasan yang berdekatan, 10 minit kemudian, sampailah saya ke rumah gadis-gadis slim melim berambut blonde itu.
"Assalamualaikum!"
Salam diberi sambil mengetuk pintu dan bermonolog sendiri, "Amboi, kecoh betul dalam rumah ni. Ada perbahasan ke apa ni?"
Sempat juga saya jeling-jeling penyewa rumah depan. Lelaki mesti masih tidur lagi pada waktu ini. Sunyi saja.
Pintu dibuka. MasyaAllah. Dah kenapa baldi, periuk, penyapu semua di ruang tamu? Bersepah-sepah, dilanda tsunami atau dilanggar todak? Terus saya berlari-lari anak ke dapur dengan gaya paling ayu. Sekali lagi rasa nak pitam.
Astagfirullah anak-anak dara sekalian, hangpa dah kenapa? Dari gaya Fasha Sandha terus bertukar menjadi Mok Cun dah ni.
SITUASI DI DAPUR
Penyewa B berada di dalam bilik air sambil mencurahkan air ke kakinya yang melecur. Menangis teresak-esak tetapi mulutnya tak berhenti memaki hamun. Sama laju dengan air paip dah, dik.
Penyewa C, seperti dirasuk hantu. Meronta-ronta sehingga terpaksa dipegang oleh penyewa yang lain. Mulutnya macam 'machine gun' yang memuntahkan cacian, carutan dan bermacam-macam lagi.
KEADAAN DAPUR
Binggit, takut pun ya juga tetapi saya acah-acah berani walaupun tanpa penasihat di sisi. Saya stress dan terus bertukar lagi menjadi seperti Bonnie Parker. The most famous of the female American Gangsters. Menakutkan. Hahaha!
Kaki penyewa B melecur tetapi tidak begitu serius. Jadi saya minta semua bertenang dan menceritakan dari A-Z sebelum saya up sewa untuk bulan seterusnya (terbayang-bayang handbag Coach di JPO semalam).
KESIMPULAN
1. Si penyewa A, B, D, E dan F merancang nak memasak, kemudian menjemput teman lelaki dan tunang masing-masing datang makan. Penyewa C dan G berstatus single, jadi mereka tidak turut serta.
2. Menu hari kejadian ialah asam pedas ikan, telur masin, ayam masak kicap, kari daging, sotong goreng tepung, sayur kobis dan ketam cili padi. Request dari 'Yang Tersayang' katanya. Sampai hati tak jemput saya sekali.
3. Disebabkan dah faham perangai mereka, jadi si C ini soundlah, "dah masak, kemas...." dan terbebellah sedikit mengenai soal kebersihan. Si C baru balik dari kursus dua minggu lalu. Tapi pada pandangan saya, memang rumah itu kotor.
4. Dari situlah punca peperangan berlaku. Entah macam mana si C terlepas gelas yang dia pegang. Sementara dia nak bersihkan serpihan kaca gelas, si B ini lalu dan terpijak kaca (kaca kecil je).
5. Si B ingatkan si C sengaja berbuat demikian, lalu dibalingnya senduk panas pada si C.
6. Si C tidak puas hati dan ditambah pula dengan panas barannya lalu menterbalikkan periuk asam pedas yang sedang mendidih lalu terkena pada kaki si B.
Perangai sangat kebudak-budakan mereka ini. Tetapi kalau tak bergaduh, maka upacara makan-makan dengan insan yang tersayang pula akan berlangsung di rumah saya. Bawa lelaki masuk ke rumah, boleh menimbulkan masalah yang lain pula nanti.
Saya bukan nak berpihak kepada sesiapa tetapi kalau saya jadi si C pun, mesti akan membebel.
Sinki: Tersumbat, dia tinggalkan begitu saja. Ayam, ketam, sotong apa semua dibasuh di bilik air.
Tandas: biar gambar berbicara sendiri.
Periuk nasi: nasi dah berlendir, masam dan berulat. Tengah menunggu giliran untuk dicuci. Selepas itu masak nasi baru. Ermm.. hilang selera bila teringat semula.
Botol minyak: berkulat, tak mampu nak cerita. Tengok gambar pun dah tahu, kan?
Walaupun agak payah nak meminta mereka semua keluar, tetapi saya rasa itulah jalan penyelesaian yang terbaik. Saya nak setup semula unit itu dan tukarkan jantina penyewanya nanti dengan harapan masalah dapat diselesaikan.
Rasa-rasanya, penyewa yang mana senang nak diuruskan? Nak dijaga? Golongan students atau golongan yang sudah bekerjaya? Dua-dua ada pro dan con, kan?
Langit tidak selalunya cerah, tetapi apa pun, Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin. Kalau ada open house, jemputlah ye.
Sumber: Anne Radzali
✍ Sumber Pautan : ☕ Viral Semasa
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u6Aukn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment