Hi! Welcome Back and Stay Tune! 2 Pelajar Disyaki R0g0l Rakan Sekelas Ditahan. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

2 Pelajar Disyaki R0g0l Rakan Sekelas Ditahan.

KINABATANGAN: Polis menahan dua pelajar lelaki tingkatan lima yang disyaki terbabit mer0g0l rakan perempuan sekelas mereka di belakang sebuah sekolah menengah, di sini, Sabtu lalu. 

Gambar sekadar hiasan.

Kedua-dua remaja terbabit ditahan kira-kira jam 5 petang kelmarin apabila mangsa membuat laporan polis selepas rakaman video kejadian tersebar menerusi WhatsApp. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa berada di kelas sebelum dua suspek memanggil mangsa kononnya untuk berbincang sesuatu dan membawa mangsa ke pondok terbiar dalam ladang sawit di belakang sekolah mereka. 

Difahamkan, sejurus tiba seorang daripada suspek menarik tangan mangsa masuk ke dalam pondok dan mengunci pintu sebelum mengarahkan mangsa membuka pakaian lalu mer0g0l mangsa. 

Mangsa dikatakan tidak menceritakan kejadian itu kepada ibu bapa dan guru kerana diugut suspek. 

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata bagaimanapun Rabu lalu, rakaman mengenai kejadian itu tersebar dalam kalangan rakan mangsa menyebabkan pihak sekolah mengarahkan mangsa membuat laporan polis. 

“Mangsa dibawa ke Hospital Kinabatangan sebelum dirujuk ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk pemeriksaan lanjut. 

“Dua suspek ditangkap untuk disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana mer0g0l secara berkumpulan,” katanya. - BH ONLINE


✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sQKq1b

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.