cakaplah makanan tu ‘first class’ ke., saya memang tak ada selera nak makan - Chef
PETALING JAYA: Selain kecaman netizen, konsep ‘shell out’ yang diketengahkan pada jamuan hari raya di sebuah sekolah rendah di utara tanah air minggu lalu turut mendapat kritikan seorang chef.
Asma Nordin atau lebih dikenali sebagai Chef Asma menyifatkan tindakan itu tidak menghormati makanan, selain kerana konsepnya tidak ubah seperti menjual baju 'bundle'.
“Makanan sekarang dah jadi macam baju ‘bundle’. Longgok-longgok, pilih nak yang mana. Saya memang tak suka konsep ‘shell out’.
“Hangpa cakaplah makanan tu ‘first class’ ke... maaflah, saya memang tak ada selera nak makan hidangan dicampak atas plastik, kongsi beramai-ramai satu plastik, berlonggok sisa-sisa makanan atas plastik,” katanya menerusi satu ‘posting’ di Facebook pada petang Jumaat.
Pada Khamis lalu, mStar Online melaporkan kemeriahan sambutan Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan
(SK) Santan di Kangar, Perlis terpalit dengan kecaman netizen apabila memilih konsep ‘shell out’ untuk menghidangkan kuih raya kepada murid-murid.
Pelbagai jenis kuih raya dihidangkan pada majlis itu tetapi segelintir netizen menyifatkan konsep tersebut tidak sesuai dilaksanakan atas faktor membazir dan kebersihan.
Bagaimanapun kata Chef Asma, beliau tidak menumpukan kepada isu pembaziran tetapi cara makanan itu dihidangkan.
Chef Asma yang juga seorang pensyarah dalam bidang kulinari berkata, walaupun murid-murid boleh membawa balik makanan sekiranya terdapat lebihan tetapi ia sudah berselerak dan bercampur.
“Memang tak elok sangat diajar anak-anak macam ni kat sekolah. Kenapa terikut sangat dengan budaya luar?
“Boleh tiru tapi olahkan mengikut budaya kita, malahan kita ada adat menghormati makanan kerana ia akan jadi darah daging. Hidang dalam dulang macam Nasi Ambeng tu kan bagus. Jangan dilonggokkan makanan, kalau situasi darurat tu okay,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya hidangan itu perlu kelihatan kemas dan diletakkan terus menggunakan bekas makanan yang dibawa murid-murid di atas meja.
“Lagi bagus, kemas dan tersusun. Tak perlu dilonggok sedemikian rupa macam baju ‘bundle’.
“Sepatutnya kita tunjukkan contoh terbaik untuk anak- anak yang masih di sekolah rendah,” tambah Chef Asma.
Terdahulu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Santan, Noramini Abdul Rani berkata, konsep ‘shell out’ ini bagi membolehkan semua murid dapat berkongsi makanan mereka bersama lain.
“Tambahan pula ada murid dari keluarga yang kurang berkemampuan. Konsep ini membolehkan murid-murid terbabit berpeluang merasai kuih raya yang tidak dibawa atau belum pernah dirasai mereka,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sY0Vnd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

Post a Comment