Amaran Zahid kepada Mahathir mengundang tafsiran berbagai......
Saturday, 8 July 2017
SIAPA PALING BANYAK AIB? ADAKAH ZAHID MAHU LEBIH BANYAK PEKUNG NAJIB DIDEDAH KEPADA UMUM?
Di kampung halamannya sendiri iaitu Bagan Datuk, ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian yang diketuainya, Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada Tun Mahathir Mohamad agar menjaga mulutnya atau segala aib dan kepincangannya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri akan didedahkan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai manusia biasa, Tun Mahathir pasti ada kelemahan dan kesilapan, namun ia ditutup selama ini demi menghormatinya.
Namun tegas, Zahid, kritikan Tun Mahathir terhadap UMNO dan kerajaan sudah melampaui batas sehingga membuatkan Najib Razak sendiri hilang sabar dengannya.
"Zaman beliau sudah berlalu, duduk diam-diam sudahlah. Duduklah berzikir.
"Beliau buka aib pemimpin sekarang, jangan lupa kita juga pernah tutup aib beliau. Jangan sampai kita pula buka aib dan pekung beliau. Macam-macam kita boleh buka," kata Zahid yang sedang menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Ekk eleh....nak buka pekung Tun Mahathir konon?
Adakah Tun Mahathir takut?
Kenapa aib dan pekung lama Tun Mahathir yang Zahid lebih peduli sedangkan yang menjadi perkiraan rakyat ketika ini ialah pekung Najib yang sedang bernanah dan berbau hanyir ke seluruh pelusuk dunia?
Adakah Zahid sebagai pemimpin yang tahu lebih banyak perkara mengenai agama, lebih sedia menyingkap kembali pekung yang tidak lagi berbekas semata-mata untuk menutup pekung yang sedang berbau dan menghanyir dengan busuk?
Selain itu, harus juga diperingatkan kepada Zahid, antara Tun Mahathir dengan Najib, siapa yang lebih banyak pekung dan aib mereka?
Jika Zahid fikir Tun Mahathir ada aib dan pekung selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dahulu yang boleh didedahkan, apakah beliau lupa bahawa Pengerusi Bersatu itu juga mungkin menyimpan lebih banyak aib dan pekung Najib ketika menjadi menteri di bawah kepimpinannya dahulu?
Malah, aib dan pekung Zahid ketika menjadi Setiausaha Politik Najib dan kemudian Ketua Pemuda UMNO dahulu pun mungkin masih tersimpan rapi dalam simpanan Tun Mahathir sehingga sekarang?
Kiranya beliau fikir kerajaan boleh mendedahkannya pada bila-bila masa, adakah Tun Mahathir tidak boleh berbuat tindakan yang sama?
Jangan main-main, takut akhirnya "terbesar kemaluan" sendiri nanti?
Atau mungkinkah kerana Zahid tahu bahawa Tun Mahathir tidak mungkin menutup mulutnya mengenai Najib, apatah lagi setelah melihat banyak kemungkaran berlaku di depan mata, maka beliau sengaja memberi amaran sedemikian dengan harapan agar lebih banyak lagi aib dan pekung Perdana Menteri didedahkan kepada umum.
Adakah Zahid sebenarnya sedang bermain politik serampang dua mata - macam menyokong Najib tetapi dalam masa yang sama juga mahu imej Najib terus merudum atau dirudumkan kerana dengannya bolehlah beliau sambil-sambil berdoa mudah-mudahan jawatan Perdana Menteri "tergolek free" jatuh kepadanya?
Mustahilkah ia? (ShahbudinHusin 08/07/2017)
Posted by Shahbudin Husin at 14:45

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u3k8Zv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment