Padah ajak rakan bermalam di rumah, adik perempuan dirogol rakan
PADANG BESAR, PERLIS - Tindakan seorang remaja membawa rakan sebayanya bermalam di rumah mengundang padah apabila lelaki itu merogol adik perempuannya sehingga hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki di Berseri, baru-baru ini, lapor Berita Harian.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Ghazani Abd Ghani berkata, mangsa berusia 14 tahun dipercayai dirogol ketika masih berusia 13 tahun dan melahirkan bayi lelaki itu di rumahnya pada 20 Jun lalu.
"Kita menerima laporan pada jam 4.20 petang daripada pihak Hospital Tuanku Fauziah (HFT) Kangar yang memaklumkan menerima pesakit iaitu seorang pelajar tingkatan dua melahirkan bayi lelaki.
"Siasatan mendapati mangsa mengadu sakit perut pada jam 12.30 tengah hari ketika berada di sekolah. Mangsa kemudian dijemput oleh ibunya di sekolah, yang menyangka anak perempuannya itu mengalami senggugut.
"Mangsa dan bayi kemudian dihantar ke HTF," katanya memetik laporan dari Berita Harian.
Siasatan mendapati, mangsa mengenali suspek berusia 16 tahun dan telah terlanjur bersama lelaki terbabit sebanyak tiga kali pada bulan Oktober 2016.
Suspek telahpun ditahan, namun dibebaskan semula dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.
✍ Sumber Pautan : ☕ Viral Semasa
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sAlwys
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment