Hi! Welcome Back and Stay Tune! KEJADIAN KEMALANGAN DI ANGSANA PAGI TADI (PEMANDU PERSONA DILAPORKAN MABUK) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KEJADIAN KEMALANGAN DI ANGSANA PAGI TADI (PEMANDU PERSONA DILAPORKAN MABUK)

Loading...

KEJADIAN KEMALANGAN NGERI,

(TRIPLE TROUBLE) di Angsana pagi td.

Moto A & Moto B berlanggar dgn Alza.

Moto A cedera ringan,

Moto B cedera cedera berat dan

terbaring kat jalanraya.

Moto C, Moto D & Moto E serta SagaBLM

brhenti utk tlg Moto A & Moto B.

Datang Persona dgn laju,

melanggar Moto ABCDE serta SagaBLM

yg sdg memberi bantuan.

●STATUS MANGSA●

Moto A meninggal

Moto B tenat,

Moto C putus kaki,

Moto D perut bocor,

Moto E rahang hilang.

Pemandu kereta persona dilaporkan MABUK

#JOHOR

Info dari group Whatsapp Muafakat Johor

DUA lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan lima motosikal di Kilometer 10, Jalan Johor Bahru – Air Hitam menghala ke Skudai, Johor, hari ini.

Kejadian jam 4.15 pagi itu membabitkan sebuah Proton Persona, Perodua Alza, Proton Saga dan lima motosikal Yamaha LC yang mana semua penunggang motosikal itu sedang berhenti di tepi jalan untuk membantu mangsa kemalangan sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, ketika kejadian sekumpulan motosikal sedang berhenti di lorong paling kanan untuk memberi pertolongan mengalihkan kenderaan mangsa kemalangan yang berlaku lebih awal.

“Mereka kemudian dilanggar dari arah belakang oleh sebuah Proton Persona yang kemudian terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebuah lagi kereta yang berada di kiri jalan,” katanya.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, dua mangsa yang bekerja di Singapura, S Logess, 29, dan R Surendran (tiada maklumat umur), disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, dua mangsa yang maut itu belum dapat dipastikan menaiki kenderaan yang mana dan kemalangan itu juga menyebabkan tiga lagi lelaki yang belum dikenal pasti identiti mereka cedera parah.”Pemandu Proton Persona terbabit yang berusia 29 tahun dilaporkan cedera ringan dan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mohd Taib berkata, semua mangsa cedera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, bagi mendapatkan rawatan lanjut.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : ohgosip

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tAQgAP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.