Saleem Tetap Saleem… Pandai Berjenaka
Detik pertemuan hanya lima minit pada Jumaat 4.05 petang.
“Lima minit sahaja ya… Kami nak bawa pesakit CT Scan,” kata jururawat bertugas.
Saleem sedang berbaring sambil memejamkan mata di atas katil dan wad. Sebaik saja disapa dengan salam, Saleem membukakan mata. Agak terbeliak sebab cuba mengenali tetamu.
“Mualaikumusalam,” jawabnya perlahan.
“Aku ni… Mere,” kata Syed Amran dalam dialek Besut.
“Buka topeng,” kata Saleem dengan suara perlahan, sambil merenung separuh tersenyum.
Pelawat diminta memakai topeng pernasafan. Jadi ada sebab Saleem keliru.
“Aku… Mere,” kata komposer Syed Amran al Yahya sambil membukakan topeng.
Saleem senyum riang.
“Ohhh comeyyy… mung ada janggut,” kata Saleem antara dengar dan tidak.
Suasana sunyi sebentar sebab Saleem memandang kami dengan pandangan tertanya-tanya. Kami jadi serba-salah.
Tetapi dia cepat-cepat menyambung cakapnya dengan nada lemah: “Habeeb….,” katanya: “Murah rezeki ada janggut….”
Dua sahabat lama berpelukan. Tahun 1990 hingga 1996, Syed Amran ada rookie peribadi Saleem. Bekerja rapat membantu Saleem dalam setiap konsert. Selain turut mencipta lagu untuk Iklim.
Jururawat masuk dan tersenyum: “Maaf tuan-tuan. Saya kena bawa pesakit sekarang.”
Kami mohon izin berdoa seminit. Mohon Allah segera sembuhkan sahabat yang dihormati ini.-mynewshub
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sAFbhQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment