Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tentera Darat Bina Empat Kem Baharu – Zulkiple - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tentera Darat Bina Empat Kem Baharu – Zulkiple

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia sedang membina empat kem baharu di Perak, Pahang dan Johor yang dijangka siap akhir tahun ini.

Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata kem berkenaan terletak di Hutan Melintang, Perak, Bera di Pahang serta Segamat dan Pagoh di Johor dengan pembinaannya dianggarkan membabitkan kos sebanyak RM200 juta.

“Kesemua kem berkenaan dibina berlandaskan konsep bina pasang siap dan hanya memerlukan kawasan tanah lapang.

“Kem berkenaan akan memberi keselesaan kepada anggota dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan negara,” katanya pada sidang berita  pada sambutan Aidilfitri Tentera Darat 2017 di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan isteri Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akhashah Khalil berkenan menghadiri majlis berkenaan.

Mengulas lanjut, Zulkiple berkata kedudukan kem di lokasi-lokasi sedia ada didapati tidak lagi sesuai kerana berada di tengah-tengah kawasan pembangunan selain melibatkan kos penyelenggaran tinggi.

Pada majlis itu yang dihadiri kira-kira 5,000 tetamu termasuk warga Tentera Darat, beliau turut memberi duit raya kepada 20 anak daripada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dan 90 penuntut Sekolah Tahfiz Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uVMkKd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.