Bangla gersang hantar gas ajak wanita melayu berjubah berzina
Hari ini, call gas delivery. Setibanya di rumah, gas itu dihantar oleh seorang lelaki warga Bangladesh.
Selepas gas diletakkan di dapur, ini perbualan kami:
“You duduk satu orang saja ka?” soalnya.
Soalan lelaki ini membuatkan hati saya rasa lain macam. Lantas saya menjawab, “Taklah, saya sudah kahwin. Tunggu suami balik kerja,”.
“Oh, sudah kahwin. Boleh saya tumpang tandas?” soalnya lagi.
“Guna tandas yang berdekatan dengan dapur,” kata saya yang masih tercegat di pintu masuk rumah sebab takut sikit pada masa itu.
Selepas selesai urusan di tandas, lelaki itu meminta air minuman pula, haus katanya.
“Rumah saya tiada air. Dah habis. Tak masak air lagi, Okay, you keluarlah balik. Gas sudah dapat, duit sudah bayar,” pinta saya pada dia. Hati kecil ini sudah mula bimbang dengan tindakan seterus lelaki itu.
“Saya punya perempuan sudah lari. Boleh saya try you satu kali saja?” tanya dia sambil mata dan jari menunjuk ke bahagian bawah saya.
“You balik sekarang! Suami saya polis, kerja di Balai Bandar Baru Bangi. Baik you balik sekarang sebelum saya laporkan pada suami saya!” tegas saya yang sudah hilang sabar dan jijik melihat lelaki itu.
Lelaki Bangladesh itu serta merta terus keluar dari rumah dan cepat-cepat saya kunci semula pintu rumah. Saya terus call syarikat gas tempat dia bekerja dan buat aduan.
Saya bukannya seksi, baru saja balik kerja dengan pakaian jubah dan tudung labuh pun sampai ke paras pusat. Walaupun saya kata yang saya dah kahwin, dia berani membuat permintaan yang tidak masuk akal.
Lepas ini, apa saja urusan jual beli yang melibatkan penghantaran ke rumah, memang takkan beri masuk ke rumah lagi. Bahaya! Geram sangat dibuatnya.
Berhati-hatilah pada semua wanita di luar sana. Mereka bukannya kisah pun rupa buruk ke, cantik ke, tua ke, muda ke, budak ke, janji mereka dapat puaskan nafsu binatang mereka. – Fifi Athirah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tsH5DZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment