Latih amal Ex-Rimau 2017 di KLCC esok dan Isnin - PDRM
Berikutan itu, ramai pegawai dan anggota polis akan berada di sekitar lokasi latih amal berkenaan bermula dari 8 pagi hingga 2 petang, kata PDRM dalam kenyataan di sini, hari ini.
Latih amal berkenaan akan meliputi pelbagai elemen PDRM iaitu Unit Pemusnah Bom (UPB), Unit Tindakan Khas(UTK), 69 Komando, Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta anggota-anggota tugas am.
"Latih amal itu diadakan bagi melatih para pegawai dan anggota PDRM menghadapi sebarang krisis dan ancaman keselamatan yang mungkin berlaku sepanjang penganjuran temasya sukan antarabangsa itu."Ia juga bertujuan menguji pelan tindak balas polis daerah sebagai 'First Responder'," kata kenyataan itu.
Selain itu, latihan berkenaan dapat menguji keberkesanan perancangan dan tindakan polis dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan serta peranan dan tugas Komander-Komander Briget sebagai ketua Pasukan Tindakan Krisis (CRT).
Sempena persiapan menjelang Sukan SEA pada 19 hingga 30 Ogos ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan PDRM supaya mengadakan latih amal persiapan sebanyak lima siri termasuk di KLCC.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sRwTGg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment