Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kalau sudah ajal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kalau sudah ajal

PENUNGGANG basikal maut selepas dilanggar kereta di Kilometer 5.3 lebuh raya Duta-Ulu Klang Expressway (DUKE), pada 9.45 pagi Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata Allahyarham Abdul Rahman Sulaiman, 55, maut di lokasi.

Menurutnya, arwah dikatakan ketika itu berbasikal dari Air Panas, Setapak, menghala ke Jalan Kuching.

Katanya, siasatan dilakukan mendapati kemalangan itu membabitkan basikal dan Perodua PRODUA MyVi yang dipandu wanita berusia 59 tahun.

“Laluan itu ada empat lorong. Sebelum kejadian arwah berbasikal di lorong paling kiri manakala kereta berkenaan berada di lorong kedua dari kiri.

"Siasatan awal mendapati arwah dipercayai masuk ke laluan kereta itu ketika cuba mengekal kenderaan di depannya.

“Kejadian menyebabkan pemandu wanita itu tidak sempat menekan brek kerana jaraknya terlalu dekat dan melanggar belakang basikal berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemjudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, arwah berbasikal bagi tujuan riadah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sRzwrU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.