Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sabun Pinggan Pencuci Muka Chef Wan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sabun Pinggan Pencuci Muka Chef Wan

RASA-RASANYA seperti tidak pernah dibuat orang menggunakan pencuci pinggan untuk membersihkan muka tetapi itulah yang berlaku kepada chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.



Chef Wan berkongsi pengalaman terpaksa menggunakan pencuci pinggan sebagai alternatif memandangkan beliau berada dalam keadaan terdesak ketika itu.



Ceritanya, ketika dia ingin mengambil wuduk di rumah ibu saudaranya, muka dia amat berminyak sehinggalah ternampak pencuci pinggan di sinki lalu menggunakannya untuk mencuci wajah.

Haiii... Chef Wan, tak takut ke rosak muka tu nanti?


"Ketika itu Zuhur sudah di hujung waktu. Memandangkan bilik air sedang digunakan oleh orang lain saya mengambil keputusan untuk mengambil wuduk di sinki dapur sahaja.

"Saya pula tidak nampak sebarang sabun yang boleh digunakan untuk mencuci wajah memandangkan muka berminyak sebab berjalan seharian.

"Tiba-tiba saya nampak sabun cuci pinggan depan mata dan otak saya berkata jangan gunakan nanti rosak kulit muka tetapi hati pula cakap takkan rosak kulit kerana pakai sikit sahaja dan ia tidak akan melekat di muka untuk jangka waktu lama.

"Minyak dan lemak periuk yang degil tu pun boleh bersih, inikan muka kita," katanya seperti dikongsi di laman Instagram miliknya.

Kongsinya lagi, dia terkejut apabila kulitnya menjadi kilat dan tegang selain berasa bersih selepas menggunakan pencuci pinggan itu.

Malah kata Chef Wan, kulit wajahnya berasa tegang dan ketat berlanjutan sehingga ke waktu malam.

"Dah la mengalahkan kilat pinggan mangkuk yang baru dicuci, Cik Kiah Cik Tipah!

"Mungkin saya boleh gantikan pencuci muka yang saya guna dengan pencuci pinggan ini sahaja maklumlah zaman gawat kena cari bahan alternatif yang murah dan berkesan! Bukan ke gitu Kak Tipah," selorohnya menggunakan kata ganti nama itu.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sYoPif

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.