Guru Dituduh Kacau Isteri Orang Untuk Seks Dan Miliki Gambar, Video Lucah.
Safriduwan yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, beliau juga dituduh memikat seorang wanita merupakan isteri orang bagi tujuan melakukan hubungan seks.
Bagaimanapun Safriduwan mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Beliau dituduh memiliki 63 keping gambar dan 22 adegan video lucah yang disimpan di dalam telefon bimbit jenis Samsung dan Lenovo miliknya di rumah beralamat Lorong Pandan Makmur Dua, Kuantan pada jam 1.33 petang 1 Mac lalu.
Beliau merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah di FELDA Jengka, jika disabitkan kesalahan Safriduwan boleh dikenakan hukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Safriduwan yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, beliau juga dituduh memikat seorang wanita merupakan isteri orang bagi tujuan melakukan hubungan seks.
Bagi kesalahan itu Safriduwan didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Hakim Siti Aminah menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin bercagar.
Siti Aminah turut memutuskan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa yang merupakan isteri orang atau membuat apa-apa sebaran gambar sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 1 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. -Astro AWANI
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tsob04
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment