Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pakaian Malam Berinai Ummi Nazeera Diterbangkan Khas Dari Delhi, India - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pakaian Malam Berinai Ummi Nazeera Diterbangkan Khas Dari Delhi, India

Kurang daripada 30 hari sahaja lagi pelakon wanita, Ummi Nazeera bakal menamatkan zaman bujangnya.

Ummi bakal bergelar isteri kepada lelaki yang hanya dikenali sebagai Mr.I. Saat ini kedua-dua pasangan ini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka dan memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Menurut sebuah portal, majlis perkahwinan Ummi dan Mr.I akan mempunyai empat buah majlis.
“Sebanyak empat majlis dirancang sempena perkahwinan kami nanti, dalam bulan yang sama. Malam berinai berkonsepkan Bollywood akan diadakan pada 2 Ogos, iaitu sehari sebelum majlis pernikahan.

“Ia diikuti dua majlis resepsi, masing-masing pada 5 dan 12 Ogos. Majlis di sebelah keluarga bakal suami pula akan diadakan pada 19 Ogos,” katanya.

Ummi memberitahu lagi, dia akan mengenakan persalinan bertemakan Bollywood pada malam berinainya nanti dan pakaian itu dibawakan khas dari Delhi, India.

Beralih kepada majlis akad nikah pula, Ummi berkata majlis itu akan diadakan secara tertutup dan di majlis tersebut, Ummi akan mengenakan persalinan baju nikah rekaan Innai Red.

Katanya lagi, kad undangan perkahwinannya sudah mula diedarkan untuk golongan kenamaan dan akan diedarkan untuk tetamu lain tidak lama lagi.

“Cuma ketika ini, kad undangan untuk tetamu lain belum disiapkan lagi. Insya-Allah tidak lama lagi ia bolehlah diedarkan,” katanya.

Dalam membuat persediaan perkahwinannya ini, Ummi mengakui sedikit tertekan kerana dia mahu menyediakan yang terbaik untuk majlis perkahwinannya.

Tidak sabar untuk melihat pelakon yang memiliki raut wajah yang manis ini di jenjang pelamin bersama lelaki pilihan hatinya.

Semoga segala persiapan dan urusan menuju hari bahagianya dipermudahkan dan akan berjalan dengan lancar.

The post Pakaian Malam Berinai Ummi Nazeera Diterbangkan Khas Dari Delhi, India appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tSY3w8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.