Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terlampau Kejam! Remaja Perempuan Cedera Parah Dipukul Penyamun, Netizen Doa Supaya Penyamun Cepat Ditangkap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terlampau Kejam! Remaja Perempuan Cedera Parah Dipukul Penyamun, Netizen Doa Supaya Penyamun Cepat Ditangkap



Perompak jahanam! Kejadian yang menimpa seorang remaja perempuan berusia 14 tahun amat mengejutkan orang ramai. Tengkorak remaja berkenaan pecah dipercayai dipukul dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Masjid, Kajang. 

Mangsa ditemui oleh ibunya Siti Rafiah Mansor dalam keadaan terbaring di atas katil dengan keadaan berlumuran darah serta beberapa kecederaan lain sekitar kepala, dagu dan mulut. 

Menurut ibunya lagi, beliau keluar bekerja pada awal pagi dan pulang ke rumah sekitar jam 11 pagi sebelum menyedari anak bongsunya itu tidak sedarkan diri di dalam biliknya. Ketika kejadian remaja tersebut tinggal seorang diri di rumah manakala ahli keluarga yang lain telah keluar bekerja. 


Tambah ibunya lagi, anaknya itu kini di tempatkan di unit rawatan rapi HKL dan berada dalam keadaan yang agak kritikal. 

Memetik laporan Bernama, pihak polis dalam kenyataan berkata hasil siasatan mendapati tengkorak kepala mangsa di sebelah kiri dan kanan pecah dipercayai dipukul dengan objek tumpul dan tajam. 

Dua buah telefon bimbit serta dompet milik mangsa turut hilang dalam kejadian tersebut. Pihak polis berkata kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun mendatangkan kecederaan. Netizen rata-rata agak kesal dan marah dengan tindakan penyamun tersebut yang tidak berhati perut malah ada yang mahu penyamun dan perompak seperti ini dikenakan hukuman yang lebih berat. 




Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sAcvp3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.