Olahraga: Misi buru emas berganda dalam acara pecut cerah
Menurutnya, ramalan itu berdasarkan pencapaian raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan dan ratu pecut, Zaidatul Husniah Zulkifli pada Kejohanan Olahraga Asia (ATF 2017) di Bhubaneswar, India, semalam.
Biarpun hasrat Khairul Hafiz merangkul pingat tidak kesampaian selepas penyertaannya dalam final 100m
dibatalkan akibat dua 'false start', namun catatan masa 10.24s pada peringkat separuh akhir cukup membanggakan berikutan pemenang emas, Hassan Taftian dari Iran, mencatatkan masa 10.25s.
Dalam pada itu, Zaidatul Husniah pula menamatkan saingan dalam acara 100m final di tangga keempat dengan catatan masa 11.70s selepas merekodkan masa 11.62s pada peringkat saingan manakala Siti Fatimah Mohammad di tangga keenam dengan masa 11.87s."Dari segi prestasi, ini adalah petanda baik menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur," kata Khairy kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Rembau di sini hari ini.
Pencapaian itu juga sekali gus memberi gambaran bahawa semua atlet dalam 'Program Kita Juara' sedang meningkat prestasi dan diharapkan atlet dapat mencapai prestasi kemuncak masing-masing pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini, katanya yang juga Ahli Parlimen Rembau.
Mengikut catatan masa oleh peserta negara Sukan SEA di ATF, Khairul Hafiz memiliki catatan terbaik (10.24s), diikuti peserta Singapura, Calvin Kang (10.61s), peserta Filipina, Anfernee Lopena (10.95s), dan dua peserta Thailand - Bandit Chuangchai (11.35s) dan Kritsada Namsuwan (11.78s).
Dalam acara 100m wanita, Zaidatul Husniah muncul pelari terbaik dari rantau Asia Tenggara dengan catatan masa terbaik 11.62s (peringkat saringan) diikuti rakan senegara, Siti Fatimah dengan masa 11.87s pada final.
Peserta Singapura, Wendy Enn dan peserta Thailand, On Uma Chattha, masing-masing dengan masa 12.14s dan seorang lagi peserta Thailand, Tassaporn Wannakit dengan masa 12.47s.
Pada Sukan SEA lepas di Singapura pada 2015, peserta Filipina, Kayla Anise Ricardson muncul sebagai ratu pecut Sukan SEA dengan catatan masa 11,76s, diikuti pemenang pingat perak, Tassaporn (11.76s) dan pemenang gangsa, Veronica Shanti Pereira (Singapura) dengan masa 11.88s.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sAUPcN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment