Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kejam.. Tengkorak Remaja Perempuan Pecah Dipukul - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kejam.. Tengkorak Remaja Perempuan Pecah Dipukul


KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pecah bahagian tengkorak dipercayai dipukul dalam satu kejadian samun di rumahnya di Kampung Masjid, Kajang dekat sini, semalam.

Mangsa, Syazana Amirah Asshaari ditemui oleh ibunya Siti Rafiah Mansor, 48, dalam keadaan terbaring di atas katil dengan keadaan berlumuran darah serta kecederaan di kepala, dagu dan mulut, kira-kira 11.15 pagi.

Siti Rafiah berkata beliau keluar bekerja awal pagi dengan mengambil upah mengemas rumah dan pulang ke rumah pada 11 pagi sebelum melihat keadaan anak bongsunya yang tidak sedarkan diri di dalam bilik.

“Saya terus minta tolong jiran untuk menghubungi ambulans untuk menghantar anak ke hospital, ” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Katanya, ketika kejadian anak bongsu daripada lima beradik itu tinggal seorang diri di rumah memandangkan yang lain keluar bekerja.

Siti Rafiah berkata anaknya kini sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi HKL dan berada dalam keadaan kritikal.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan dalam satu kenyataan berkata pemeriksaan mendapati tengkorak kepala mangsa di sebelah kiri dan kanan pecah dipercayai dipukul dengan objek tumpul dan tajam.

“Selain itu, ibu mangsa mendapati dua buah telefon bimbit serta dompet milik mangsa telah hilang,” katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun mendatangkan kecederaan.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta memaklumkan kepada polis atau boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Zazali Kenek di talian telefon 019-7100662. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u2Lv61

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.