Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adobe Experience Cloud Dilancarkan Untuk Pengguna Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adobe Experience Cloud Dilancarkan Untuk Pengguna Malaysia

Anda mungkin lebih mengenali Adobe dengan perisian kreatif yang dicipta mereka bagi memudahkan pengkarya. Lebih dari itu mereka turut menawarkan perisian dan perkhidmatan untuk perniagaan. Pada hari ini, mereka telah melancarkan Adobe Experience Cloud untuk pasaran tempatan.

Adobe Experience Cloud merupakan kombinasi tiga perisian yang memfokuskan kepada perusahaan iaitu Analytics Cloud, Advertising Cloud dan juga Marketing Cloud. Analytics Cloud merupakan perkhidmatan yang boleh diintegrasikan dengan sistem analisis yang lain, termasuklah Facebook dan juga Google Analytics. Perkhidmatan Advertising Cloud dan Marketing Cloud turut boleh diintegrasikan dengan penyedia lain antaranya Salesforce, Google DoubleClick, serta industri spesifik seperti Dentsu, AppNexus dan pelbagai lagi.

Salah satu kelebihan pada perkhidmatan ini adalah pengguna turut boleh mengintegrasikan Adobe Experience Cloud dengan siri perkhidmatan awan yang disediakan Adobe, seperti Adobe Creative Cloud untuk penyuntingan dan Adobe Documents Cloud. Integrasi sebegini lebih memudahkan gerak kerja perusahaan.

Memandangkan perisian ini disasarkan untuk perusahaan, tidak terdapat sebarang maklumat berkenaan harganya untuk pengguna umum dan anda perlu menghubungi pihak Adobe secara terus.

Mohon sesi demonstrasi: Adobe Experience Cloud



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uCA3tC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.