Diculik Oleh Mafia Itali Untuk Dijadikan Pelacur, Tapi Tiba² Dilepaskan. Rupa²Nya….
Pengalaman diculik pasti mendatangkan trauma yang mendalam, jika tidak berjaya diselamatkan pasti kita akan lalui kehidupan gelap sepanjang hidup. Tetapi lain kisahnya bagi seorang model ini. Berkongsi pengalamannya sewaktu diculik oleh mafia Itali untuk dijual sebagai hamba $ek$ di luar negara. Waktu itu, Chloe Ayling, 20, dari Britain dijadualkan menghadiri sesi fotografi di Milan, Itali pada 11 Julai lalu.
Namun di sana, Chloe telah diserang oleh dua lelaki yang membiusnya dengan menggunakan ketamin. Dia dimasukkan ke dalam sebuah kereta dan dibawa ke desa terpencil di Borgial.
“Saya sedar bahawa saya sedang berada di dalam bagasi belakang sebuah kereta. Tangan dan kaki saya diikat manakala mulut saya ditutup.
“Saya hanya diberikan lubang kecil untuk bernafas,” katanya.
Dia kemudiannya dikurung selama enam hari di dalam sebuah rumah dan diikat pada laci almari. Semasa diculik, Chloe sebenarnya hendak djual oleh penculiknya namun dia dibebaskan selepas diketahui mempunyai seorang anak berusia dua tahun.
Kumpulan mafia Black Death dikatakan mendalangi penculikan Chloe. Dia dibebaskan dengan syarat tidak membawa insiden berkenaan kepada polis dan tidak memburuk-burukkan kumpulan berkenaan di hadapan media.
Chloe juga diminta membayar sebanyak $50,000 dalam masa sebulan selepas dibebaskan.
“Kau pasti sedar berapa nilai kau di pasaran pemerdagangan manusia dan ini hanyalah perniagaan, bukan peribadi,” kata penculik itu.
Selepas siasatan dijalankan, seorang lelaki Poland yang menetap di Britain telah ditangkap pada 18 Julai lalu, dikenali sebagai Lukasz Pawel Herba.
Dia didakwa menculik dan melakukan peras ugut.
Sumber: malaysiakubaru.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vfhW0o
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment