Lagu rasmi 'Bangkit Bersama' Dilancarkan
KUALA LUMPUR: Bahang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) semakin dirasai dengan lagu tema rasmi 'Bangkit Bersama' dilancarkan secara rasmi di pusat membeli belah terkemuka Pavilion di sini, sebentar tadi.
Lagu yang mendapat sentuhan komposer terkemuka negara, Datuk Ramli MS itu akan dinyanyikan selebriti popular tanah air, Dayang Nurfaizah.
Ia akan menjadi lagu tema utama sepanjang temasya dwitahunan itu yang akan membuka tirai secara rasmi pada 19 Ogos ini.
Sebelum ini, dua lagu tema KL2017 sudah dilancarkan iaitu 'Tunjuk Belang' nyanyian Monoloque, Azlan dan Malique serta lagu 'So Many Hands' oleh Mia Palencia bagi iklan rasmi KL2017.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika menyempurnakan majlis itu berkata, ia adalah kali pertama pihaknya mengambil langkah membabitkan orang ramai dalam penciptaan lagu tema bagi temasya sukan terbesar di rantau Asia Tenggara itu.
"Saya amat gembira melihat sokongan masyarakat terhadap sumbangan idea dan cerita yang dihantar dan hari ini saya persembahkan lagu yang ditulis serta dimiliki oleh semua peminat.
"Nyanyikanlah dengan penuh rasa bangga agar semangat itu dapat dijelmakan untuk dikongsi bersama atlet," katanya.
Khairy turut mengalu-alukan kehadiran Pavillion selaku penaja perak iaitu kategori penajaan antara RM1 hingga RM3 juta.
Pavillion turut menampilkan satu gimik tersendiri dengan pelancaran pameran seribu patung maskot rasmi temasya iaitu RIMAU. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vAtdcB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment