Cakoi Jadi Menu Tetap Sarapan McDonald’s Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN – Atas permintaan ramai, cakoi yang diperkenalkan McDonald’s Brunei sebagai hidangan promosi restoran itu pada bulan lalu, kini dijadikan menu tetap sarapan pagi.
Menurut media tempatan, makanan digoreng itu mulanya dilancarkan pada 21 Julai lalu termasuk sekali dengan promosi bubur ikan dan pencuci mulut Yellow Peach Pie tetapi ramai pelanggan setia lebih menggemari cakoi.
Eksekutif Pemasaran McDonald’s Brunei, Dayang Noor Hafilah Mohd Salleh, semasa ditemui menyatakan bahawa, pasaran restoran makanan segera Barat itu adalah selaras mengikut cita rasa pasaran di negara jirannya, Malaysia.
“Alhamdulillah, sambutan orang ramai dengan hidangan cakoi ini sememangnya begitu menggalakkan kerana menu cakoi ini juga dikenali sebagai hidangan tempatan di negara ini,” jelas beliau yang dipetik akhbar Media Permata.
McDonald’s Malaysia mula memperkenalkan kuih daripada doh tepung berbentuk panjang, berwarna perang keemasan apabila siap dimasak itu, pada November tahun lalu namun ia terhad kepada tempoh promosi ditentukan.
Mengulas lanjut, Dayang Noor Hafilah menjelaskan, McDonald’s Brunei menerima maklum balas dan permintaan positif daripada pelanggan mengenai hidangan cakoi ini sejak awal ia diperkenalkan di Malaysia akhir tahun lalu.
Hidangan cakoi itu ujarnya lagi, jarang sekali boleh didapati lebih-lebih lagi di restoran makanan segera dan apabila McDonald’s Brunei mula memperkenalkan menu unik ini, rata-rata pelanggan begitu teruja hendak membelinya.
Menu cakoi boleh didapati setiap hari dalam waktu sarapan bermula jam 7 pagi sehingga 11 pagi sahaja dengan empat pilihan perisa sos yang berbeza iaitu kaya, coklat, strawberi dan pisang malah dijual pada harga berpatutan.
McDonald’s memiliki dua cawangan di Brunei sejak mula beroperasi pada 1992, masing-masing di Gadong dan Jerudong yang beroperasi sehingga 11 malam setiap hari dan berlanjutan kepada jam 1 pagi pada hujung minggu.
Menyentuh mengenai trend pasaran jualan McDonald’s Brunei setelah menu cakoi diperkenalkan, Dayang Noor Hafilah berkata, ia menyaksikan peningkatan menggalakkan lebih-lebih lagi bagi segmen jualan sarapan pagi.
Ini kerana ada sesetengah pelanggan didapati sanggup datang pada waktu sarapan pagi hanya untuk cuba hidangan tersebut sebelum pergi bekerja berbanding semata-mata menikmati menu burger. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vK0RND
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment