Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chong Wei tenang Tunggu Undian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chong Wei tenang Tunggu Undian


KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kekal tenang dan fokus menjelang undian Kejohanan Dunia yang akan diadakan di ibu pejabat Persekutuan Badminton Dunia (BWF), di sini, esok.

Pemain ranking kedua dunia ini mengakui, tiada bezanya sama ada dia diletakkan sebagai pilihan pertama atau kedua di kejohanan berkenaan kerana paling penting ialah siapa lawan yang bakal dihadapinya.

"Pilihan pertama atau kedua sama saja, lebih kurang. Apabila undian sudah keluar saya mahu lihat siapa lawan siapa.

"Daripada situ, saya boleh mula untuk melakukan persiapan mengikut pemain lawan yang akan saya temui," katanya ketika ditemui media di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Jelasnya, selepas mengetahui susunan undian dan pemain yang akan ditentang, dia bersama Ketua Jurulatih Perseorangan Lelaki, Datuk Misbun Sidek bakal melakukan perbincangan mengenai skop latihan.

"Kita akan melihat kembali persediaan berdasarkan permainan yang akan digunakan oleh pemain lawan. Saya tidak boleh fokus diri sendiri saja, pemain lawan juga harus diberi perhatian.

"Paling penting ialah memberi tumpuan kepada persiapan diri sendiri. Ini penting kerana kalau asyik fokus kepada pemain lawan tapi keadaan sendiri tidak dijaga, ia memang sia-sia. Kita akan tunggu undian keluar esok dan bincang mengenai taktikal yang akan digunakan ke atas pemain yang berlainan," kata Chong Wei.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing (2008), London (2012) dan Rio (2016) itu berkata, dia tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan dan perlu fokus kepada semua pemain terutama dari China yang mempunyai empat wakil termasuk Lin Dan serta Chen Long.

"Saya cuba memberikan permainan terbaik dan fokus satu persatu perlawanan dan tidak perlu terus fikir mengenai siapa yang akan saya jumpa di suku akhir mahupun separuh akhir selepas undian selesai esok.

"Biar saya lalui pusingan demi pusingan terlebih dulu kerana kejohanan besar selalunya akan ada kejutan.

"Kita dapat lihat di Sukan Olimpik Rio 2016 sebelum ini, banyak kejutan dalam acara beregu lelaki dan campuran. Paling penting saya kekal fokus kepada diri sendiri bermula dari sekarang," katanya yang berkemungkinan berdepan Chen Long atau Lin Dan di suku akhir di kejohanan itu.

Chong Wei yang akan berlepas ke Glasgow minggu depan turut diiringi dua pemain perseorangan lelaki, Choong Yee Han dan Tan Jia Wei - yang bakal dijadikan sebagai rakan pelatih. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uCu73N

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.