Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sebak, Bapa Hadir Mengambil Skrol Anak Lelakinya Yang Telah ‘Tiada’ Di Majlis Konvokesyen ILKBS. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sebak, Bapa Hadir Mengambil Skrol Anak Lelakinya Yang Telah ‘Tiada’ Di Majlis Konvokesyen ILKBS.

PUTRAJAYA: Ia satu pengalaman bercampur baur bagi Fauzi Nazir, 56, ketika berjalan naik ke atas pentas untuk mengambil skrol anak lelakinya pada majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) lapor mStar.

Ahli perniagaan itu beratur bersama-sama dengan graduan muda yang lain tetapi dia melakukannya untuk anak lelakinya, Mohd Amirul Izuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada Jun lalu.

“Saya amat berbangga tetapi pada masa sama sedih. Anak lelaki saya seorang yang rajin berusaha dan dia berjaya memperolehi CGPA 3.75.
 
“Malangnya, dia tiada di sini hari ini untuk menerima sijil tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik.
 
“Namun saya hadir untuk mengambil skrol itu dengan rasa bangga,” kata Fauzi.

Mohd Amirul, 21, maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berhari raya di rumah rakannya.

Insiden itu berlaku di Sungai Besar, Selangor.

Dia merupakan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar.

“Anak saya mahu mengikuti pengajian peringkat diploma selepas ini. Sementara menunggu untuk melanjutkan pengajiannya, dia bekerja sambilan di syarikat pembuatan pintu kayu tempat saya bekerja di Johor,”kata Fauzi.

Fauzi berkata dia menggalakkan anaknya untuk mengambil kursus Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kerana merasakan ia menyediakan prospek pekerjaan yang lebih baik.

“Seorang lagi anak lelaki saya turut belajar di IKBN dan mengikuti pengajian kejuruteraan automotif. Bagi saya, bukan sahaja prospek pekerjaan yang bagus, belajar di IKBN juga berpatutan kerana tiada yuran dan elaun turut disediakan,” katanya.

Majlis konvokesyen selama dua hari itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

sumber:penmerahpress.com



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ulqPXA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.