Malaysia Terus Tarik FDI
KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus menggalakkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dari seluruh dunia sama ada dari China, Jepun, India, Arab Saudi, Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata negara ini adalah negara terbuka dan mesra perniagaan yang memperlihatkan kemasukan FDI ke Malaysia meningkat secara purata RM36 bilion setahun.
Bercakap pada Forum Ekonomi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) 2017 di sini hari ini, beliau berkata peningkatan kukuh FDI itu adalah bukti kukuh keyakinan negara asing terhadap Malaysia dan ia adalah rekod yang perlu dibanggakan.
Najib juga mengakui hakikat bahawa China menjadi pelabur terbesar di Malaysia merentasi pelbagai sektor termasuk pengilangan, perkhidmatan, pelabuhan, kereta api, hartanah, pembinaan dan tenaga.
"Pada Mei tahun ini, sembilan perjanjian perniagaan dimeterai antara syarikat Malaysia dan China dengan kelulusan pelaburan kira-kira RM31.3 bilion.
"Ini adalah tambahan kepada 14 perjanjian persefahaman berkaitan sektor pertahanan, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan bernilai RM143.6 bilion yang dimeterai 2 November 2016," katanya.
Najib juga menegaskan adalah tidak masuk akal dari segi ekonomi untuk menolak pelaburan dari China seperti yang dicanangkan pembangkang memandangkan negara itu adalah ekonomi kedua terbesar dunia.
Beliau berkata, pandangan sempit sedemikian menjejaskan pemahaman terhadap asas ekonomi dan tidak baik untuk negara. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vff6bS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment