Video makcik kalkulator: “Kalau salah beritahu makcik, makcik belanja makan”
PETALING JAYA: Jangan tak percaya pengiraannya sepantas kalkulator, mungkin juga lebih cepat berbanding alat pengiraan tersebut.
Jadi tidak hairanlah ramai pelanggan memanggilnya ‘makcik kira laju’, semuanya gara-gara kebolehan luar biasanya itu.
Lebih menarik perhatian, ketika sedang membuat pengiraan beliau akan menyebut satu persatu makanan yang telah dimakan dengan jelas, semuanya ini dibuat untuk mengelak daripada dirinya tersalah kira, seterusnya untuk memuaskan hati pelanggan.
Bibi Ana Abdul Wahid, ketika dihubungi mStar Online berkata beliau cekap mengira bil pelanggan yang makan di kedainya disebabkan pengalaman berniaga selama 32 tahun.
“Bisnes lama dah, makcik masak, makcik jual dan makcik kira…semua menu dan harga makcik tahu belaka.
“Bila nak mengira makcik rasa lagi senang guna ‘kepala’, pen dan kertas pun lambat,” katanya.
Wanita berusia 52 tahun ini mendedahkan bahawa ramai yang tidak tahu bahawa beliau mempunyai cara dan formula sendiri untuk memastikan pengiraan dapat dibuat dengan mudah, cepat dan tepat.
Katanya, sejak dulu lagi semua menu di kedai makannya, Kedai Makan Bibi, yang terletak di Kuala Terengganu harganya digenapkan kepada sifir lima bagi memudahkan kiraan.
“Contohnya harga minuman dan makanan di sini semuanya makcik letak RM2, RM2.50, RM3, RM3.50 dan seterusnya, tak ada RM2.60, RM2.70 atau RM2.80.
“Walaupun kedai ini dibuka untuk makan pagi, tapi menunya ada banyak pilihan jadi pengiraan mesti cepat,” katanya.
Bibi Ana berkata antara menu yang ditawarkan adalah nasi dagang, nasi lemak, nasi minyak, pulut kuning, lontong dan banyak lagi.
Selain itu terdapat juga lauk-pauk yang boleh dipilih pelanggan termasuklah daging kambing dan ayam kampung.
Bercerita lebih lanjut, Bibi Ana berkata beliau sudah terbiasa dengan pelanggan yang tidak percaya dengan pengiraan yang sudah dibuat dan akan meminta supaya beliau mengiranya semula.
“Biasanya orang luarlah, orang sini dah tahu dah. Kalau berlaku macam tu makcik akan tunjuk harga di menu dan ulang kira seperti yang diminta.
“Alhamdulillah setakat ini tak ada salah lagi, kalau salah beritahu makcik, makcik belanja makan,” katanya berseloroh.
Menurut Bibi Ana, selain menetapkan harga sifir lima, beliau juga akan ‘membuang’ menggunakan titik perpuluhan semasa mengira bagi memudahkan pendaraban.
Disebabkan beliau mengira dengan suara yang kuat, ramai yang menyangka harga makanan di kedainya mahal.
“Pernah pelanggan ingat harga makanan dan minuman yang dipesan adalah RM360, padahal harga sebenarnya RM36 sahaja.
“Mungkin sebab dia ingat lauk kambing yang dimakannya tu mahal dan dia pun betul-betul keluarkan duit RM300 dan teraba-raba cari lagi RM60,” imbasnya.
Sumber: Mstar
Sumber Video makcik kalkulator: “Kalau salah beritahu makcik, makcik belanja makan”
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vIuuho
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment