Hi! Welcome Back and Stay Tune! Azizulhasni Harap Mampu 'Bakar' Semangat Atlet Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Azizulhasni Harap Mampu 'Bakar' Semangat Atlet Negara


KUALA LUMPUR: Jaguh keirin dunia, Azizulhasni Awang berharap pemilihannya sebagai antara seorang pembawa Jalur Gemilang Sukan SEA 2017 akan membakar semangat kontinjen Malaysia memburu juara keseluruhan pada edisi ke-29 itu.

Jelasnya, ia adalah satu penghormatan kepada dirinya serta Al Jufferi Jamari dan Cheong Jun Hoong yang terpilih membawa Jalur Gemilang pada majlis pembukaan 19 Ogos nanti.

Tambah pelumba yang digelar 'The Pocket Rocketman' itu, dia amat menghargai dan berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang memilih mereka bertiga.

"Sudah pasti ia adalah satu penghargaan dan tanggungjawab yang besar kepada kami bertiga untuk kontinjen negara.

"Saya berharap kehadiran kami sebagai pembawa bendera akan menaikkan motivasi dan semangat juang rakan atlet untuk meraih sebanyak mungkin emas dalam memastikan Malaysia muncul juara keseluruhan," tambahnya.

Malam tadi, Khairy mengumumkan tiga juara dunia berkenaan akan mengetuai perarakan kontinjen negara pada upacara pembukaan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Azizulhasni dijadualkan akan kembali ke Malaysia dari Melbourne pada 23 Ogos ini, namun dia akan pulang lebih awal bagi menyertai upacara perasmian.

"Saya masih belum dapat tarikh tepat bila akan kembali ke Malaysia namun mungkin satu atau dua hari sebelum upacara pembukaan," jelasnya.

Azizulhasni yang menjalani latihan di Melbourne di bawah kendalian ketua jurulatih John Beasley dijadual menyertai acara keirin dan pecut individu di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai Negeri Sembilan pada temasya kali ini.

Dia dijangka mengetuai tuaian emas skuad berbasikal negara yang disasarkan meraih 13 emas bagi memastikan Malaysia muncul juara keseluruhan pada edisi kali ini. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wpJWx2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.