Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua Warga Nepal Ini Asyik Bermain Di Tepi Gaung, Apa Yang Berlaku Kemudiannya Sungguh Menyedihkan... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua Warga Nepal Ini Asyik Bermain Di Tepi Gaung, Apa Yang Berlaku Kemudiannya Sungguh Menyedihkan...

Baru-baru ini pengguna media sosial dihebohkan dengan rakaman video aksi pencerobohan pelancong Nepal. Dua orang pemuda tersebut mati setelah terjatuh ke jurang sedalam lebih daripada 600 meter.


Dipetik dari laman Hindustan Times, Sabtu (5/8/2017), dua lelaki itu dipercayai bernama Imran Garadi (26) dan Pratap Ratbod (21).

Kedua-duanya dilaporkan sedang menikmati masa bercuti di sebuah lokasi pelancongan bernama Amboli Ghat yang terletak di daerah Sindhudurg, daerah Maharashtra, India.

Amboli Ghat adalah lokasi pelancongan kegemaran masyarakat India. Suasana pergunungan dan udara yang sejuk menjadi pilihan pelancong untuk mengisi masa cuti baik bersama teman ataupun keluarga.

Pihak polis yang mengenal pasti kejadian tersebut berkata, insiden tersebut bermula dari kecuaian dua orang pemuda yang berlaku pada 1 Ogos 2017.


“Imran dan Pratap bukan hanya datang berdua. Mereka bercuti ke Amboli Ghat bersama beberapa rakan lain,” kata Inspektor Polis Suni Dhanawade.

“Hingga kini jasad kedua-dua pemuda tersebut belum boleh dipindahkan. Pihak kami masih berusaha untuk memindahkan tubuh kedua-dua mangsa,” tambahnya.

Dalam rakaman video yang kini sedang tular, dua pemuda tersebut mengenakan baju oren. Kedua-duanya kelihatan asyik melihat pemandangan.

Namun, kecuaian bermula apabila keduanya naik dan duduk di pagar kayu sekatan antara tebing dan jurang.

Pada percubaan pertama mereka kelihatan santai. Belum ada tanda-tanda bahaya yang mereka rasakan. Mereka pun kembali turun sambil tertawa.

Pada percubaan berikutnya, kedua-dua lelaki itu kembali menaiki sekatan pagar kayu dan duduk saling berdampingan. Tidak lama, tiba-tiba Imran dan Pratap lihat tergelincir dan jatuh ke dalam jurang.

Tonton video di bawah:


Sunni Dhanawade berkata, kedua-dua mangsa adalah pekerja di sebuah kilang makanan ternakan di Kohalpur, Nepal. Polis juga berkata, salah seorang rakan mereka telah meninggalkan kawasan Amboli Ghat.

Namun, Imran dan Pratap kembali ke lokasi itu.

Setelah merasa tidak sedap hati, rombongan kedua-dua pemuda tersebut terus melaporkan kepada pihak polis tempatan.

Selepas melakukan siasatan di tempat kejadian, barulah pihak polis mengetahui kronologi kejadian dari warga tempatan.

Dari atas puncak tebing, polis melihat kedua-dua mayat lelaki tersebut. Tetapi pihaknya belum dapat memindahkan mayat mangsa kerana cuaca buruk. Hujan lebat menyirami lokasi tersebut.



✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hFXjG5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.