Gadis Sabah Kahwini Per0g0l, Keadaannya Baik - Menteri
Gadis Sabah berumur 12 tahun yang berkahwin dengan lelaki disabitkan dengan kesalahan mer0g0lnya di Sabah berada dalam kesihatan baik.
Majlis Akad Nikah pada 07/05/2014
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, memberitahu budak perempuan itu kini berumur 16 tahun dan tinggal dengan keluarganya di Kota Kinabalu.
Rohani berkata budak perempuan itu masih isteri kepada Riduan Masmud, 44, seorang bekas pengurus restoran dan kini dipenjara atas kesalahan mer0g0lnya pada 2015.
“Kami melawat budak perempuan itu di rumah keluarganya pada 18 April dan dia berada dalam kesihatan baik manakala suaminya dikenakan hukuman di Penjara Kepayan di Kota Kinabalu,” kata beliau kepada Nie Ching (DAP-Kulai).
Bagaimanapun, beliau berkata, budak perempuan itu memberitahu pegawai kebajikan dia tidak berminat ke sekolah semula kerana berasa malu dengan liputan media meluas ke atas kesnya.
Rohani berkata, budak perempuan itu diberi kaunseling dari semasa ke semasa dan dia dalam keadaan baik.
Riduan, 40, seorang ayah kepada 4 anaknya berumur antara 2 hingga 17 tahun pada masa kesalahan itu berlaku, didakwa mer0g0l budak itu dalam kenderaannya berdekatan Air Terjun Kionsom di Inanam antara 9.00 pagi dan 10.00 pagi pada 18 Februari 2013.
Riduan mengahwini budak perempuan itu pada Mei 2013 bagi mengelak hukuman dan dia dikenakan hukuman merasuah bapa budak perempuan itu dengan RM10,000 untuk menarik balik laporan polis yang dibuat oleh budak perempuan itu terhadapnya.
Riduan dipenjarakan selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak rayuannya ke atas kes r0g0l statutori tersebut.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vKSFga
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment