Nak Kahwin Lagi, Dapat Pisau Pulak..
AKIBAT menyuarakan hasrat mahu berkahwin satu lagi, lelaki berusia 55 tahun menerima lebih 15 jahitan selepas ditetak isteri dengan menggunakan pisau pemotong sayur kejadian di rumah mereka di Kampung Manek Urai Lama, Khamis lalu.
Dalam kejadian 1 tengah hari itu, mangsa ditetak di kepala, dahi kanan dan lengan kanan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj berkata, mangsa ditetak oleh isterinya yang berusia 56 tahun selepas menyuarakan hasrat mahu berkahwin buat kali kedua.
"Ketika kejadian mangsa sedang baring sebelum isterinya bertindak mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan terus menetak suami.
"Terkejut dengan tindakan isteri, mangsa terus melarikan diri dengan keluar rumah," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Klinik Manek Urai untuk menerima rawatan.
Menurutnya, lelaki itu menerima lebih 15 jahitan di kepala dan dahi.
"Bagaimanapun, tiada laporan polis yang dibuat dan kedua-dua mereka kembali berbaik," katanya.
Gambar kejadian ini menjadi tular di laman sosial Facebook hari ini yang mendapat pelbagai reaksi netizen.
Sumber: Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wqbPFg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment