Sharp Aquos S2 Hadir Dengan Rekaan Skrin Penuh Meliputi Kamera Hadapan
Sharp sedia mempunyai sejumlah penawaran telefon pintar yang menggunakan rekaan skrin penuh dan bingkai yang nipis. Malah, boleh dikatakan, sebelum Xiaomi Mi Mix, mereka terlebih dahulu lebih mempopularkan penggunaan panel dan rekaan seumpamanya.
Hari ini, Sharp memperkenalkan satu lagi telefon pintar berasaskan Android dengan rekaan bingkai nipis dan menggunakan panel hadapan menyeluruh, dinamakan Sharp Aquos S2.
Sharp Aquos S2 hadir dengan panel hadapan bersaiz 5.5-inci dengan paparan resolusi 2040×1080 pixel. Ia menggunakan rekaan panel penuh, termasuk ia meliputi bahagian tepi pada kamera hadapan. Ini sekaligus ia menjadikannya sangat cantik, lebih kurang seperti telefon Essential dan juga seumpama rekaan iPhone tertiris hari ini.
Dari segi spesifikasi, Sharp Aquos S2 ini menggunakna cip pemprosesan Snapdragon 660 atau 630, kamera hadapan 8-megapixel, dwi-kamera belakang gabungan sensor 12-megapixel dan 8-megapixel, memori sehingga 6GB RAM, serta bateri berkapasiti 3030mAh.
Walaupun menggunakan bingkai tepi yang nipis, telefon pintar ini masih mengekalkan saiz dagu peranti yang sedikit besar – menyertakan logo dan juga pengimbas cap jari padanya.
Buat masa ini, Sharp hanya mengumumkan ia untuk pasraan China, dan tidak diketahui lagi bilakah akan ditawarkan pada peringkat global.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2viHIz6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment