Hi! Welcome Back and Stay Tune! Batang Ai Ili Tidak Sesuai, Rayong Cadang Tukar Kepada Batang Ai Skrang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Batang Ai Ili Tidak Sesuai, Rayong Cadang Tukar Kepada Batang Ai Skrang


ENGKILILI: Nama Batang Ai Ili patut ditukar kepada Batang Ai Skrang ekoran pembangunan pesat di kawasan tersebut, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa.

Memetik laporan Utusan Borneo, Rayong menjelaskan, jika sebelum ini kawasan Batang Ai Ili, Skrang jauh terpencil tanpa mempunyai rangkaian jalan raya, bekalan elektrik 24 jam dan bekalan air namun sekarang penuh rumah panjang sudah menikmati kemudahan tersebut.

"Sepuluh tahun lalu jika saya dan Nyalau (Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak) bercakap tentang bekalan elektrik dan jalan raya di kawasan Batang Ai Ili ini, pasti ramai yang mengatakan ia sekadar angan-angan dan temberang sahaja.

"Namun kini semua itu ternyata benar dan kami sebagai wakil rakyat tidak akan berjanji tanpa melihat kepada kemampuan kewangan kerajaan dan sedar segala infrastruktur itu adalah hak rakyat yang harus kami tunaikan," katanya.

Sebelum ini menurutnya, penduduk 27 rumah panjang di kawasan tersebut hanya bergantung sepenuhnya kepada sungai sebagai medium penghubung ke Sri Aman dan kini sudah ada jalan raya untuk memudahkan pergerakan.

"Ini bermakna perkataan 'Ili' tidak sesuai lagi memandangkan Ili jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu bermaksud hilir dan jauh daripada pembangunan," ujarnya.-Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hjalsI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.