Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bila Ahmad Maslan Tunjuk Kepakaran Memasak, Ridsect Ada Di Dapur Tarik Perhatian & Ditegur Netizen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bila Ahmad Maslan Tunjuk Kepakaran Memasak, Ridsect Ada Di Dapur Tarik Perhatian & Ditegur Netizen


Satu masa dulu Ahmad Maslan dilihat pernah berkongsi resepi masakannya yang diberi nama 'Nasi Goreng Campur Resepi Tanpa GST', terbaru beliau sekali lagi berkongsi dengan satu resepi yang baru menarik perhatian pengikutnya di laman Twitter.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini dengan bersahaja berkongsi resepi terbarunya untuk tatapan ramai yang diberi nama 'Ayam Goreng Terung Pipit' yang kelihatan begitu ringkas penyediaannya serta mudah untuk dilakukan oleh mereka yang baru belajar memasak.


Melalui perkongsiannya itu di laman sosial Twitter, Ahmad Maslan turut menyertakan resepi masakan ringkas untuk mereka yang ingin mencuba resepinya itu.


Resepi Asli: Ayam Goreng Terung Pipit
Campur bawang besar, bawang putih, lada, halia, sedikit garam dan juga minyak masa. Gorengkan ayam berkenaan sehingga garing.

Hidangan yang disediakan Ahmad Maslan kelihatan lazat dan menyelerakan sehingga dipuji ramai netizen. Ayam goreng terung pipit tersebut disediakannya dalam dua pinggan berasingan dengan hiasan kemas sebelum dimuat naik ke laman Twitter untuk tatapan netizen.

Walau bagaimanapun, ada satu perkara yang lebih menarik perhatian netizen dengan gambar-gambar yang dimuat naik beliau apabila segelintir netizen turut menegur tentang kedudukan penyembur serangga yang terdapat di bahagian dapurnya kelihatan berdekatan dengan tempat beliau menyediakan makanan.


Netizen turut menasihati beliau dengan mengatakan bahawa alatan seperti Ridsect itu tidak sepatutnya berada di dapur, ini kerana benda seperti itu mampun mengancam nyawa apabila terlalu panas ia akan meletup secara tiba-tiba, jelas netizen.


Ahmad Maslan dinasihatkan netizen agar menerima teguran-teguran tersebut kerana teguran tersebut bersifat positif dan langsung tidak dikaitkan dengan politik.

Walau bagaimanapun, netizen dilihat begitu menyukai resepi yang dikongsikan oleh Ahmad Maslan malah ada yang memaklumkan akan turut mencuba resepi berkenaan. - www.koleksiviral.com

Sumber: Twitter Ahmad Maslan



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tXiIjR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.