Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cedera Parah Nak Elak Haiwan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cedera Parah Nak Elak Haiwan


Penumpang wanita parah manakala 10 lagi cedera selepas bas ekspres dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 52.5 Jalan Sungai Lerek, Setiu, awal pagi ini.

Bas yang membawa 30 penumpang dalam perjalanan ke Kota Bharu dari Johor Bharu itu terbabas selepas dikatakan mengelak haiwan melintas, pada kira-kira 5 pagi.

Kejadian itu menyebabkan bas berkenaan melanggar besi pembahagi jalan sebelum terbalik ke kiri jalan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris, berkata semua mangsa dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan.

“Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

"Ketika ini, identiti semua mangsa belum diperoleh dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Setiu Pegawai Bomba Kanan 11, Mohd Roziman Mohd Amin berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.08 pagi.

Katanya, dua pegawai dan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa.

"Operasi tamat pada 6.50 pagi,” katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vubnEe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.