Hi! Welcome Back and Stay Tune! Haji App Khas Buat Jemaah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Haji App Khas Buat Jemaah



JEDDAH: Aplikasi percuma khusus untuk kegunaan sepanjang musim haji dilancarkan Arab News, akhbar harian terkemuka di Timur Tengah.

Dikenali sebagai Hajj App, ia boleh dimuat turun secara percuma di peranti IOS dan Android melalui App Store serta Google Play itu mempunyai ciri berguna untuk kegunaan jemaah dan keluarga di negara asal.

Hajj App itu ditaja dan disahkan secara rasmi oleh Liga Dunia Islam (MWL) berpusat di Makkah sebagai sebahagian usaha jangkauan global bagi mengukuhkan kedudukan organisasi sebagai payung yang berkhidmat untuk umat Islam.

Aplikasi itu turut memaparkan kemas kini berita terkini dari Arab News dan perkhidmatan siaran langsung serta nombor panggilan kecemasan, senarai kesemua kedutaan dan penyedia perkhidmatan penting ketika haji.

Selasa lalu, Putera Mahkota Mohammed Salman memberi taklimat kepada Kabinet tentang persediaan haji sejajar dengan titah pemerintah, Raja Salman untuk memberi layanan terbaik kepada jemaah.

Sesi Kabinet di Istana al-Salam di Jeddah itu turut mengucapkan terima kasih kepada baginda kerana membenarkan jemaah dari Qatar memasuki negara itu melalui lintasan sempadan Salwa tanpa permit elektronik. - Arab News



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vbFCV8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.