Cerita rekaan rupa-rupanya... [METROTV]
"GAMBAR itu (cuci tempat ambil wuduk) adalah saya dan milik saya. Ia dirakam di Masjid Al-Firdaus Kampung Tunku, Petra Jaya, Kuching pada 23 Mac 2016.
"Ketika itu, saya menyertai program Kembara Sahabat Borneo anjuran Geng Cuci Masjid yang berjalan dari masjid ke masjid untuk membersihkan masjid seluruh Sarawak, Sabah dan Brunei."
Demikian kata penyampai radio swasta di Sarawak, Chopie Cakap atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Bujang, mengenai gambarnya yang digunakan beberapa akaun Facebook tanpa kebenarannya.
Gambar terbabit tular di Facebook sejak 27 Julai lalu apabila akaun Facebook (FB) terbabit berkongsi kisah seorang lelaki mencuci tandas masjid di Subang Jaya dan solat Dhuha sebelum ke tempat kerja menaiki Ferrari.
Mohamad Sofian ketika dihubungi Harian Metro berkata, status terbabit mungkin imaginasi pemilik akaun FB berkenaan yang mahu meraih populariti untuk akaun FB nya.
"Mungkin niat mereka mahu mengajak orang untuk beramal tetapi cara mereka salah. Mengambil hak orang lain tanpa memberi sebarang kredit adalah plagiarism. Ia satu daripada jenayah siber.
"Dalam kes ini, mereka menggunakan gambar saya tanpa pengetahuan atau kebenaran saya untuk meraih trafik bagi akaun Facebook mereka," katanya yang menambah status terbabit sudah dipadam sebelum dia sempat melihatnya.
"Saya dimaklumkan oleh rakan pada 29 Julai lalu bahawa akaun Facebook terbabit menggunakan gambar saya.
“Saya tidak sempat melihat status terbabit kerana ia sudah dipadam. Saya difahamkan ada beberapa lagi akaun Facebook yang berkongsi status itu dan saya mohon agar ia dipadam segera," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim mengesahkan gambar kereta Ferrari dengan nombor plat ADE 3 yang digunakan dalam status terbabit adalah miliknya.
Norman berkata, beliau tidak ralat gambar keretanya digunakan pihak tertentu untuk menyebarkan kebaikan.
"Saya tak tahu nak rasa macam mana kerana status itu adalah sesuatu yang positif tetapi jika gambar itu negatif sehingga saya seolah-olah perlu mempertahankan diri saya, mungkin saya akan ambil tindakan mahkamah jika perlu.
"Selama 25 tahun dalam industri seni, saya dah terbiasa orang ambil gambar kereta atau rumah saya dan sebarkan. Ia di luar kawalan saya," katanya.
Tambah Norman, kereta terbabit sering digunakan untuk tujuan penggambaran filem atau drama.
"Saya rasa ramai dah tahu bahawa kereta itu milik saya kerana ia sering digunakan untuk tujuan penggambaran filem dan drama.
"Sebelum ini pun gambar kereta itu sudah banyak tersebar di laman sosial walaupun saya sendiri jarang memandu kereta itu," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tRwKz5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment