Kemaluan Kanak-Kanak Berdarah Disapu Balm!
KEJAM. Perkataan itu sesuai digambarkan dengan apa yang telah dilakukan seorang lelaki terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang berusia empat tahun.
Lelaki berusia 19 tahun itu tergamak menyapu minyak angin balm pada kemaluan anak kekasihnya sehingga berdarah. Kejadian dilaporkan berlaku di Jawa Timur, Indonesia.
Bukan itu sahaja, malah muka dan bahagian belakang badan kanak-kanak itu turut lebam dan luka dipercayai dipukul lelaki berkenaan.
Dikhabarkan, kanak-kanak berkenaan dijaga suspek ketika ibunya sedang bekerja. Ibu kanak-kanak tersebut telah menjalinkan hubungan dengan lelaki itu selama tiga tahun selepas ibu mangsa bercerai.
Mangsa telah mengadu kepada ibunya tentang kejadian berkenaan selepas ibunya pulang dari kerja. Ibu mangsa yang risau terus membawa mangsa ke klinik selepas mendapati kemaluan anaknya itu berdarah.
Walau bagaimanapun, laporan polis telah dibuat dan suspek berjaya ditahan kurang daripada enam jam laporan dibuat.
Suspek mengakui kesalahannnya dengan alasan kanak-kanak berkenaan terlalu nakal.
“Saya berang,sebab dia sangat nakal,” katanya.
Rupa-rupanya suspek sebelum ini pernah mengasari anak wanita berkenaan tetapi didiamkan sahaja oleh si mangsa sehinggalah terjadi perbuatan ini yang disifatkan ibunya sesuatu yang tidak dapat dimaafkan.
Nakal macam mana pun seorang kanak-kanak itu, perlakuan kejam bukanlah cara untuk mengajar mereka. Bukan ke masih banyak lagi cara lain untuk mengajar dan beri nasihat? – MYNEWSHUB.CC
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uU4OdN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment