Pemuda Kecewa Tun M Tidak Jawab Soalan
Seorang peserta yang menghadiri Forum Nothing To Hide 2.0 melahirkan rasa kesal berikutan beberapa soalan yang diajukan kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak dijawab, sebaliknya diberikan maklum balas mengelirukan daripada bekas Perdana Menteri itu.
Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Fariz Hadi dalam laman sosial Facebook mendakwa, dia hadir ke program berkenaan yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam dekat sini hari ini selepas dicabar pergi ke situ.
Malah, dia yang mendakwa hadir bersendirian sanggup meninggalkan isteri dan anak-anaknya di dalam kereta di luar dewan tersebut semata-mata mahu menanyakan kepada Dr. Mahahthir persoalan yang menimbulkan tanda tanya dalam dirinya selama ini.
Walau bagaimanapun katanya, persoalan tersebut tidak dijawab oleh Dr. Mahathir dan dia merasakan kehadirannya ke program itu hanya sia-sia.
Berikut adalah catatannya mengenai program Nothing To Hide 2.0 seperti ditulis dalam Facebook miliknya:
“Ada orang cabar saya datang dan saya datang sorang (seorang), wife (isteri) dengan anak-anak tunggu dalam kereta. Saya membesar mempertahankan Tun M (Dr. Mahathir).
Saya hilang sedara (saudara), kawan-kawan kerana mereka pula mempertahankan sedara Anwar Ibrahim kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahin mangsa politik rakus Tun M.
Saya bertanyakan soalan mudah kepada Tun M, rakyat Malaysia nak tahu jawapan kepada soalan-soalan ini.
1. Adakah Ds (Datuk Seri) Anwar Ibrahim benar-benar pesalah Peliwat Negara ataupun beliau hanya mangsa kerakusan politik Tun M mempertahankan kuasa?
2. Jika Ds Anwar Ibrahim peliwat negara, adakah Tun M bersetuju mengangkat beliau sebagai PM (perdana menteri) sekiranya Pakatan Harapan menang sedangkan dahulu Tun M juga yang kata takkan kita nak seorang peliwat dan gila seks menjadi perdana menteri.
Tun tak menjawab soalan saya malah pusing cerita, Tun kata DS Anwar Ibrahim pun tak tanya soalan itu.
Buang masa saya hadir program di mana Tun M penakut nak jawab soalan kononnya Nothing To Hide.
Selesai Tun M menjawab saya keluar dewan. Baik saya spend time (habiskan masa) dengan keluarga daripada buang masa layan orang tua kuat pusing cerita.”
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uBIN86
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment