Hi! Welcome Back and Stay Tune! Makanan yang Mencegah Penyakit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Makanan yang Mencegah Penyakit

Image result for Makanan Cegah Penyakit


Orang Malaysia sememangnya suka makan, tetapi apabila melihat pada menu yang anda pilih setiap hari, membuatkan kami geleng kepala. Mungkin disebabkan inilah, penyakit jantung merupakan pembunuh utama di Malaysia. Di sini, kami ada senaraikan beberapa makanan yang boleh membasmi penyakit, khas untuk anda. Jadi mulai hari ini, jadikanlah makanan ini sebagai hidangan ‘favourite’ anda okey?

Limau dan Tembikai
Buah limau dan semua jenis melon atau tembikai kaya dengan Vitamin C yang boleh meningkatkan tahap imunisasi tubuh dan pengambilan vitamin C secara semula jadi, iaitu yang diambil daripada limau dan tembikai mampu mengurangkan risiko kanser payudara.

Rhubarb dan Bok Choy
Bok choy kaya adalah merupakan sumber kalsium terbaik yang merupakan mineral yang diperlukan untuk kekuatan tulang. Manakala rubarb merupakan sayuran yang kaya dengan vitamin K yang boleh membekalkan tiga protein yang sangat diperlukan untuk menjamin kesihatan tulang dan boleh mempertingkatkan kepadatan tulang.

Minyak Zaiton
Satu kajian di Itali menunjukkan bahawa wanita yang mengamalkan diet yang mengandungi minyak zaitun mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 30 peratus. Sebabnya masih tidak diketahui tetapi lemak yang sihat di dalam minyak zaitun dikatakan mampu menghentikan penghasilan gen yang menyebabkan kanser.

Walnut
Kekacang ini merupakan sumber penting asid lemak Omega-3 yang membantu sel otak berkomunikasi antara satu dengan lain dan ini penting untuk memelihara memori anda sekali gus mengelakkan penyakit Alzheimer.

 Anggur
Buahnya kecil tetapi khasiatnya begitu besar sekali. Hasil kajian oleh University of Michigan menunjukkan buah yang mengandungi flavanoids ini boleh melindungi anda daripada penyakit jantung, kanser dan melambatkan penuaan otak. Selain daripada itu, hasil kajian  University of Michigan menunjukkan yang buah anggur mampu mengawal tekanan darah anda.

Sumber : http://eh.com.my



✍ Sumber Pautan : ☕ Islam Itu Indah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vclLo2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.