Hi! Welcome Back and Stay Tune! Model Baru 2019 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Model Baru 2019



Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjangkakan Proton Holdings Bhd (Proton) dan Zhejiang Geely Holdings Group (Geely) bakal memperkenalkan model terbaru kenderaan menerusi hasil sentuhan kedua-dua entiti berkenaan seawalnya pada akhir tahun depan atau awal 2019. 

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada kedua-dua pihak bakal memperkenalkan model terbaru atau model Proton sedia ada menggunakan teknologi Geely yang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kenderaan jenama antarabangsa mewah, Volvo.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, dalam tempoh lima tahun, kedua-dua syarikat itu perlu melengkapkan semua keperluan operasi pengeluaran kenderaan termasuk memperkenalkan model terbaru.

Beliau berkata, ketika ini, Proton dan Geely dalam usaha mempersiapkan kemudahan kilang pengeluaran Proton di Tanjung Malim yang bakal digunakan Geely bagi tujuan membangunkan teknologi baru untuk kenderaan keluarannya.

Katanya, kerjasama strategik itu bukan saja memberi manfaat kepada Proton untuk menerima teknologi daripada syarikat itu, malah bersama-sama dapat menerokai pasaran ASEAN yang mempunyai potensi besar kepada syarikat nasional berkenaan.

“Kami berharap dengan kerjasama ini Proton dapat mengeksport model keluarannya ke ASEAN memandangkan terdapat 620 juta penduduk di rantau berkenaan yang berpotensi menjadi pembeli kenderaan mereka.

“Dalam tempoh lima tahun ini, Proton dan Geely perlu memberikan tumpuan terhadap proses penyusunan struktur baru Proton di Tanjung Malim bagi memudahkan pemindahan teknologi firma automotif China itu,” katanya selepas sesi dialog bersama Putra Business School (PBS) anjuran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM dan Persatuan Pelajar Putra, di sini, semalam.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f2EJXS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.