Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Gesa Lebih 3.7 Juta Rakyat Segera Sebagai Pengundi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Gesa Lebih 3.7 Juta Rakyat Segera Sebagai Pengundi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  menggesa lebih 3.7 juta rakyat yang masih belum mendaftar sebagai pemilih supaya segera berbuat demikian kerana hala tuju negara terletak di tangan mereka.

“Janganlah bersikap ambil mudah dengan membiarkan orang lain membuat keputusan untuk anda, kerana keputusan tersebut sudah tentu akan memberi impak besar kepada hidup anda dan keluarga,” katanya dalam catatan laman blog najibrazak.com.

Beliau menegaskan bahawa suara mereka penting dalam menentukan masa depan mereka sendiri selain anak cucu dan negara.

Memetik laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Najib berkata lebih 3.7 juta orang berumur 21 tahun dan ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih setakat 31 Mac lalu berbanding 18 juta jumlah keseluruhan rakyat yang layak mendaftar.

Perdana menteri berkata statistik itu merupakan indikator bahawa kesedaran rakyat terhadap hak dan tanggungjawab mereka kepada negara masih rendah.

Najib sekali gus meminta semua agensi berkaitan memperhebat usaha penerangan serta mendaftarkan mereka yang layak mengundi.

“Peratusan pengundi keluar mengundi juga harus ditingkatkan lagi berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 dengan hanya 84.84 peratus atau 11.2 juta pengundi telah keluar mengundi,” kata Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Najib berkata mungkin ada yang menganggap proses mendaftar leceh dan menyusahkan namun pandangan itu amat salah kerana proses pendaftaran hanya mengambil masa kurang daripada lima minit.

“Berbekalkan kad pengenalan, anda hanya perlu ke pejabat pos atau pejabat SPR  atau pejabat pilihan raya negeri berdekatan,” katanya.

Mengundi, tegas beliau adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia yang layak bagi menentukan masa depan mereka, keluarga dan masyarakat.

“Ia merupakan satu proses demokrasi yang mana kuasa diberi kepada rakyat untuk memilih pemimpin dan kerajaan… yang mempunyai visi dan mampu memacu Malaysia ke arah mencapai status negara maju,” kata Najib. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2weE6O7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.