Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM rasuah: Parlimen Pakistan akan memilih PM baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM rasuah: Parlimen Pakistan akan memilih PM baharu

Ini cerita negara orang dan rakyatnya, bukan kita.....

Pakistan bakal terima PM baharu, Nawaz Sharif digugur kerana rasuah
Diterbitkan pada 30 Jul 2017 8:30PM
Nawaz Sharif (kiri) digugurkan manakala adiknya Shahbaz Sharif (kanan) dinamakan sebagai pengganti. Nawaz digugurkan sebagai perdana menteri selepas terbabit dalam dakwaan rasuah.– Gambar EPA, 30 Julai, 2017.

PARLIMEN Pakistan akan mengadakan mesyuarat pada Selasa bagi melantik perdana menteri baharu selepas Mahkamah Agung negara itu melucutkan Nawaz Sharif berikutan siasatan tuduhan rasuah terhadap keluarganya.

Perti memerintah negara itu menamakan adik Sharif, Shahbaz sebagai penggantinya, namun dia perlu memasuki Parlimen dengan bertanding di kerusi yang dikosongkan Sharif.

Dalam masa yang sama Pakistan Muslim League-Nawaz (PML-N) yang memegang majoriti di Parlimen mencalonkan bekas menteri minyak Shahid Khaqan Abbasi sebagai perdana menteri sementara.

Mahkamah tertinggi itu menggugurkan Sharif pada Jumaat selepas siasatan dakwaan kesalahan rasuah terhadapnya dan keluarga, menjadikan penguasaannya ke penghujung menyebabkan ketidakstabilan politik di negara itu.

Nawaz Sharif merupakan perdana menteri ke-15 dalam sejarah 70 tahun Pakistan – di mana separuh tempoh itu dikuasai tentera – akan digugurkan sebelum memenuhi tempoh penggalnya.

“Kertas pencalonan akan dihantar kepada Setiausaha Perhimpunan Kebangsaan pada 2 petang, Isnin,” kata makluman Sekretariat Perhimpunan Kebangsaan.

Menurut makluman itu, perhimpunan akan diadakan pada jam 3 petang untuk memilih perdana menteri.

Adik Sharif – yang merupakan ketua menteri negeri paling ramai penduduk di Punjab – setakat ini tidak terjejas dengan tuduhan rasuah yang melanda keluarga abangnya itu.

Satu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya berata pilihan raya baru akan diadakan di bekas kawasan parlimen Nawaz Sharif, di Punjab dan prosesnya boleh memakan masa sehingga 45 hari. – AFP, 30 Julai, 2017. - sumber


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tX0y1F

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.