Saya Akan Buat Kenyataan Rasmi - Hafiz Hamidun Komen Spekulasi Keruntuhan Rumah Tangga..
Penyanyi Hafiz Hamidun memberitahu akan membuat kenyataan rasmi mengenai spekulasi keruntuhan rumah tangganya dengan pengusaha kosmetik, Joy Revfa.
Hafiz, 33, turut meminta rakan-rakan media agar bersabar buat sementara waktu kerana satu kenyataan rasmi mengenai perkara itu akan dibuat.
Sejak malam Rabu, beberapa media dalam talian melaporkan mengenai kedudukan rumah tangga Hafiz apabila pasangannya, Joy Revfa atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 30, memberi bayangan mengenai masalah rumah tangga mereka menerusi kapsyen yang ditulis di laman Instagram miliknya.
Kedua-dua pasangan berkenaan juga dikatakan tidak lagi berkongsi gambar-gambar mereka di laman sosial masing-masing.
Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam dekat sini pada 1 Mei lalu dengan sekali lafaz.
Sumber: mStar Online
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vGUUAs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment