Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terima Surat Yang Ditulis Dengan Darah Haid, Ganggual Seksual Adalah Diantara 5 Realiti Menakutkan Yang Terpaksa Dihadapi Oleh Sesetengah Artis Korea.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terima Surat Yang Ditulis Dengan Darah Haid, Ganggual Seksual Adalah Diantara 5 Realiti Menakutkan Yang Terpaksa Dihadapi Oleh Sesetengah Artis Korea..



5 REALITI MENAKUTKAN K-POP IDOL PERLU HADAPI YANG KITA TAK PERNAH TAHU.

Gelombang Hallyu, fenomena industri hiburan Korea sama ada muzik, drama dan filem kian hangat dan bertapak di seluruh dunia tidak terkecuali kita di Malaysia. Ramai yang teruja dan terpesona dengan keindahan dunia hiburan Korea. 


Namun, langit tidak selalunya biru. Begitu juga industri hiburan Korea yang ada sisi gelapnya. Berikut adalah realiti menakutkan yang dihadapi oleh idol, pelakon, penghibur dan seangkatan dengannya dalam industri hiburan Korea.

1. Kontrak Hamba.


Kebanyakan K-Pop idol (bukan semua) berdepan dengan kontrak yang tidak adil dengan pihak pengurusan di mana tempoh kontrak yang terlalu panjang, kebebasan diri yang terhad seperti dating dan bercuti, jadual aktiviti yang terlalu padat hingga masa rehat terlalu terhad, dan semua ini belum menjanjikan mereka untuk debut. Dan apabila mereka berjaya debut, itu belum menjamin mereka akan berjaya menempa nama dalam industri yang penuh dengan persaingan ini di mana hampir 60 debut (kumpulan dan solo) pada tahun 2016 sahaja. Selain itu, keuntungan yang diperoleh akan disedut oleh pihak pengurusan dengan nisbah yang banyak (60% ke 70% dan mungkin lebih).

2. Peminat Sasaeng (Kipas-Susah-Mati)


Mempunyai peminat yang ramai dan kelab peminat tensendiri merupakan satu pencapaian kepada artis di Korea. Melalui sokongan para peminat inilah mereka boleh melangkah jauh seperti meraih jualan album yang tinggi dan menyondol anugerah-anugerah di penganugerah muzik berprestij. Namun, apabila peminat terlalu taksub, muncullah golongan peminat sasaeng (taksub / obsesi melampau). 


Mereka sanggup berkhemah siang dan malam di depan bangunan syarikat hiburan artis demi melihat artis kesayangan mereka. Pelbagai lagi kerja gila yang mereka lakukan kerana ketaksuban mereka antaranya: memasang CCTV di rumah artis, surat cinta ditulis dengan darah haid, dan mengekori ke mana saja artis mereka pergi sehingga ada artis yang terlibat dalam kemalangan Jalan raya disebabkan oleh peminat sasaeng ini. Obsess betul kan?

3. Peminat Anti (Anti-fan)


Wujudnya peminat sasaeng memang dah cukup gila dalam industry, tetapi lagi gila bila wujudnya Peminat Anti (Anti-fan). Mereka bukan anti secara bersahaja, mereka lengkap dengan kelab anti. Kebanyakan anti-fans adalah keyboard warriors yang hanya berani disebalik tabir.


Jenayah buli siber merupakan makanan ruji anti-fans demi menjatuhkan artis yang mereka benci. Selain itu, ada dikalangan mereka yang bertindak lebih gila dengan menghantar surat ugutan bunuh, bangkai binatang, pisau cukur dan macam-macam kepada artis yang dibenci. Tujuannya satu, untuk lihat artis itu jatuh dan hilang dari industry. Gila kan?

4. Gangguan Seksual.


Menjadi K-Pop idol merupakan impian kebanyakan gadis di Korea. Namun mereka tersedar bila sudah termeterai penjanjian dengan syarikat hiburan di mana harga yang perlu dibayar lebih daripada apa yang disangka. Mereka dibawa ke kelab-kelab malam untuk melayan para VIP (sponsors) walau pun masih bawah umur. Bukan hanya gadis-gadis yang terpaksa berdepan gangguan seksual, para teruna pun terpaksa hadapinya untuk menjadi demi menjadi seorang idol. Tapi, perkara bukan terjadi di semua syarikat hiburan.

5. Kesempurnaan.


Untuk menjadi seorang K-Pop idol bukanlah semudah ABC hanya menyanyi dan menari. Mereka perlu menjai penghibur dalam pelbagai aspek: menyanyi, menari, berlakon, melawak dan sebagainya. Selain perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, mereka juga perlu memiliki bentuk badan dan rupa yang menarik. 


Sebab itulah pembedahan plastik menjadi perkara wajib (bukan semua) dan diet pemakanan melampau diamalkan untuk mencapai standard seorang K-Pop idol. Mereka juga perlu berpewatakan menarik supaya dapat menyerlah dan menjadi tumpuan ramai. Sebab itulah kadang-kadang kita boleh nampak sesetengah artis itu bersikap kepura-puraan di kaca seperti dalam 'variety show' Running Man, Infinite Challenge Dan Sebagainya..



Kesimpulannya, realiti bukanlah seindah yang disangka tetapi bukanlah semua artis di Korea perlu menghadapi semua ini. Untuk menjadi artis yang mampu menghiburkan semua bukanlah mudah. Bukan mudah untuk buat semua orang suka kita, tapi bukan susah untuk buat orang benci kita. Bagi yang meminati hiburan Korea, teruskanlah asalkan tidak memudaratkan dan melalaikan.


Bagi yang tidak meminatinya pula, usahlah kecam sana sini. Setiap orang punyai minat berbeza dan para artis melalui fasa yang sukar untuk menaikkan nama dalam industri. Akhir kata, let’s spread love, not hate.

Teks Asal Oleh: Uncle Ray









✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uUb6Kl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.