Alexander Graham Bell Bukanlah Pencipta Telefon
Siapakah yang reka cipta telefon?
Kemungkinan ramai antara kita akan jawab, “Alexander Graham Bell”.
Secara tepatnya ialah Antonio Meucci yang merupakan seorang pereka cipta dari Florentine, Itali dan tiba di USA pada tahun 1850.
Pada tahun 1860, Meucci pertama kali membuat demostrasi model hasil kerjanya terhadap sejenis alat elektrik yang dipanggil teletrofono.
Pada tahun 1871, Meucci memfailkan kaveat (dengan usaha dalam jangka masa pendek) lima tahun sebelum Alexander Graham Bell menghasilkan paten telefon. ( Kaveat dari sudut mahkamah adalah sekatan atau halangan untuk pelihara paten. Mungkin Meussi buat begini supaya idea reka ciptanya dipelihara)
Pada tahun yang sama, Meucci jatuh sakit selepas dia mengalami lecur yang teruk apabila dandang dalam feri Staten Island meletup. Meucci tidak mampu berbicara banyak dalam bahasa Inggeris, dan hidup dengan wang pampasan yang diberi kerajaan, dia gagal untuk menghantar Wang berjumlah 10dollar yang diperlukan untuk memperbaharui kaveatnya pada tahun 1874.
Apabila paten milik Bell didaftarkan pada tahun 1876, Meucci disaman. Meucci menghantar lakaran dan model original ke makmal di Western Union. Kebetulan, Bell kerja di makmal yang sama dan model milik Meucci hilang secara misteri (atau dihilangkan).
Meucci mati pada tahun 1889 semasa kesnya terhadap Bell masih berlangsung. Rentetan itu, Bell mendapat kredit dan pengikhtirafan terhadap reka cipta itu.
Pada tahun 2004, sisa daripada kes Bell diperbaharui oleh US House of Representatives apabila mereka menghantar resolusi bahawa ‘kehidupan dan pencapaian Antonio Meucci perlu dikenali dan hasil kerjanya terhadap rekacipta telefon perlu diperakui’.
Tidaklah Bell itu semenangnya penipu atau palsu. Sebagai anak muda ketika itu, Bell pernah mengajar anjingnya untuk bercakap ‘How are you,grandmamma?’ sebagai salah satu cara berkomunikasi dengan anjingnya semasa anjingnya berada di bilik yang lain. Dan Bell membuat telefon sebagai alat yang praktikal untuk digunakan.
Kesimpulannya, Meucci merupakan yang pertama rekacipta telefon secara tidak rasmi. Namun, secara rasminya ia direka oleh Bell. Adakah Bell sebelum ini tidak mengetahui tentang rekacipta Meussi? Kebetulan? Atau adakah niat Bell untuk inovasikan rekacipta Meussi?
Seperti kawannya Thomas Edison, Bell sentiasa ada rasa ingin tahu pada sesuatu yang baru. Dan seperti Edison, Bell tidak selalunya berjaya. Logam pengesan melalui mesin miliknya gagal untuk mengesan peluru di dalam tubuh President James Garfield. Sepertinya mesin Bell telah dikelirukan logam spring pada katil presiden.
Oh ya.. Bell juga pernah terlibat dalam pengkajian genetik haiwan di mana dia terdorong oleh kemahuannya untuk meningkatkan bilangan kelahiran kembar dua dan tiga oleh kambing biri-biri. Bell perasaan kambing biri-biri yang mempunyai lebih dari dua puting susu akan menghasilkan lebih banyak kembar. Tapi akhirnya, apa yang dihasilkan Bell hanya kambing biri-biri yang ada puting susu yang banyak.
Bell juga merujuk dirinya sebagai ‘teacher of the deaf’. Ibu dan isterinya mempunyai masalah pendengaran (tak dengar. Baca: pekak) dan turut mengajar Helen Keller. Keller pernah dedikasikan autobiografinya kepada Bell.
Nur Asilah Jamil
Sumber Alexander Graham Bell Bukanlah Pencipta Telefon
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2whz6ba
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment