Wang jaminan RM60,000, pasangan pensyarah UTeM dibebas
MELAKA, 10 Sept — Sepasang suami isteri yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan direman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa, dibebaskan hari ini.
Penolong pendaftar Mahkamah Majistret Mohd Anuar Ostadi membenarkan suami isteri berusia 35 dan 32 tahun itu, masing-masing dibebaskan dengan jaminan tunai RM3,000 dan RM47,000 tanpa cagaran serta jaminan tunai RM2,000 dan RM8,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu kedua-duanya perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Melaka setiap bulan.
Terdahulu pasangan itu yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh pada 10.20 pagi, dan dibawa keluar dari kompleks itu kira-kira 20 minit kemudian selepas prosedur jaminan itu selesai.
Pasangan itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dengan mencadangkan kepada pihak pengurusan fakulti untuk memilih syarikat milik mereka bagi pembelian barang makmal serta perkhidmatan untuk penyelidikan membabitkan nilai RM52,000 antara Mac 2015 dan Jun 2016. — Bernama
Sumber Wang jaminan RM60,000, pasangan pensyarah UTeM dibebas
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2winx3o
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment