Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Abang ada tak duit seringgit? Sayang nak bersihkan rezeki abang' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Abang ada tak duit seringgit? Sayang nak bersihkan rezeki abang'

Seusai mengemas semua barang yang akan dibawa pulang ke Negeri Kenyalang, tiba-tiba aku didampingi oleh isteri tercinta. Senyum-senyum malu dengan menampakkan wajahnya yang sedikit gelisah. Aku hanya perhatikan gerak-gerinya dan bersedia mendengar apa jua tutur katanya.
"Abang, ada tak duit seringgit (RM1)?" soalnya.
"Ada. Nak buat apa sayang?" aku lihatnya makin kelu, tampak berkaca di ruangan kelopak matanya, tergagap-gagap apabila suara dilontarkan.
"Abang, sayang faham abang banyak berhabis sebulan dua ini. Membeli tiket ulang alik ke kampung halaman. Lumrah anak rantau. Terkadang melupakan hal diri sendiri. 
"Tapi sayang tiada punya niat lain. Sayang nak bersihkan rezeki abang. Sayang nak selamatkan abang dari murka Allah. Maafkan sayang," ujarnya perlahan. 
"Kalau abang ada seringgit (RM1), abang hadiahkan kepada sayang. Anggaplah ia sebagai nafkah pemberian abang kepada sayang," 
Allah, sesungguhnya aku terkedu. Ya Allah. Air mataku mula berlinangan. Mungkin kita suami terlupa atau memang keadaan kita yang mendesak. Ya Allah, Kau anugerahkan kepadaku seorang wanita yang mulia hatinya. DemiMu Ya Allah, aku akan berusaha untuk tidak menyakiti hatinya. 
Maafkan saya di atas perkongsian ini. Nampak ringkas, hanya nafkah. Walaupun isteri kita berkerja, itu hak mereka. Hakikat yang lebih besar ialah rahmat Allah untuk kita dalam berumahtangga. Moga dengan kita berbuat baik kepada isteri, rahmat Allah akan mencurah-curah dalam hubungan kita. Aamiin.
Dalam rezeki kita, tersimpan hak orang lain, walaupun hanya seringgit. 


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wGrfWe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.