Polis Buru Samun Wanita Di Kedai Dobi
KUALA LUMPUR – Seorang wanita kerugian RM15,000 selepas disamun tiga lelaki di kedai dobi 24 jam di Fasa 8, Taman Sri Gombak, dekat sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata dalam kejadian 11.32 malam itu, tiga lelaki yang bersenjatakan parang dan bertopi keledar memasuki premis itu dan merampas barangan mangsa.
“Suspek mengambil telefon bimbit, wang tunai RM1,100, dokumen pengenalan diri dan barangan kemas milik mangsa. Kerugian dianggarkan kira-kira RM15,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rakaman kamera litar tertutup mengenai kejadian itu tular di laman sosial hari ini. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xar6xC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment