Mingguan Amanz – Galaxy Note 8 Malaysia, Apple iOS 11, UberEats Kuala Lumpur
Minggu ini menyaksikan Samsung Malaysia melancarkan Galxy Note 8 secara rasminya di Malaysia. Pengguna tempatan kini sudah boleh mendapatkan telefon pintar dengan sokongan S-Pen ini pada harga RM3999 di Malaysia.
Dalam arena peranti mudah-alih, Vivo turut telah memperkenalkan Vivo X20 di China, selain Moto X4 Android One di Amerika Syarikat.
Apple pada minggu ini telah melancarkan iOS 11 untuk iPhone dan iPad, yang menyertakan antaramuka baharu, sokongan merakamkan skrin, dan beberapa ciri baru yang lain.
Minggu ini juga pihak Google telah mengumumkan yang mana mereka akan mengambil-alih sebahagian daripada pasukan telefon pintar di HTC.
Dalam arena sekuriti, minggu ini menyaksikan penemuan malware pada CCleaner, selain kerentanan pada router D-Link.
Dan akhir sekali, Uber pada minggu ini telah melancarkan UberEats di Kuala Lumpur, sekaligus memudahkan para pengguna untuk membuat tempahan makanan dengan mudah melalui aplikasi mudah-alih mahupun web.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hrhWT7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment