Presiden bina badan mati selepas tewas bertinju
Presiden Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia Singapura, Pradip Subramaniam meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada Sabtu, demikian menurut Asia Fighting Championship (AFC).
Dalam satu kenyataan awal pagi pagi ini, AFC berkata, Subramaniam meninggal dunia pada 9 malam.
“Kami sentiasa berhubung dengan kakitangan perubatan di hospital bagi memastikan punca kematian,” kata AFC.
Sementara itu, Channel News Asia (CNA) melaporkan Subramaniam, 32, meninggal dunia selepas menyertai perlawanan tinju menentang personaliti YouTube Steven Lim di Marina Bay Sands pada awal malam Sabtu.
Menurut laporan itu, Steven, 41, memenangi perlawanan tersebut menerusi ‘knockout’ teknikal.
CNA turut melaporkan Subramaniam menggantikan bekas peserta Singapore Idol, penyanyi Sylvester Sim yang menarik diri daripada perlawanan disebabkan isu insurans.
Dalam catatan Facebooknya, Steven mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
“Ini saat yang menyedihkan buat saya apabila mengetahui tentang berita yang memeranjatkan itu! Anda ajar kami semua tentang nilai keberanian dan kekuatan serta kepentingan gaya hidup sihat dan cergas. Salam takziah kepada anda, anda memang hero kami,” kata Steven.
Sementara itu, AFC berkata, projek Subramiam, AFC Physique Championships yang dijadualkan hari ini akan dibatalkan sebagai tanda penghormatan. – BERNAMA
Sumber: Utusan Online
Sumber Presiden bina badan mati selepas tewas bertinju
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jTLtJC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment